Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

Maliah Surip
16/09/2024 22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.

Seorang guru ngaji ditangkap selepas dipercayai telah merogol anak muridnya yang masih di bawah umur.

BERITA TRENDING: Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

Selepas ditangkap, penduduk kampung telah membawa guru ngaji tersebut berarak dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai seluar pendek sebagai tanda marah sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Video guru ngaji tersebut diarak penduduk kampung kemudian tersebar di media sosial.

Perbuatan terkutuk itu telah dilakukan guru ngaji dengan identiti S berusia 55 tahun pada 10 September lalu, lapor Detik.com.

Selepas diselidik, mangsa akhirnya mengaku telah dirogol sejak pertengahan tahun 2022. Dia juga mendakwa terlebih dahulu menjadi mangsa amang seksual sebelum dirogol berkali-kali oleh guru ngaji tersebut.

“Abang ipar mangsa bertanya kepada korban tentang hubungan dengan S. Selepas telefon bimbit mangsa diperiksa, memang ada komunikasi.


“Mangsa akhirnya mengaku telah dicabul sejak 2022 dan dirogol pada Julai 2024,” kata wakil pihak berkuasa.

Pihak berkuasa juga mengatakan penduduk tidak memukul S.

BERITA TRENDING: Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

BERITA TRENDING: Video Gadis Terpaksa Rakam Diri Sendiri Dirogol Bapa Kandung Cetus Kemarahan Netizen - “Bayangkan Trauma Dia Sampai…”

BERITA TRENDING: Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun

#Viral #Indonesia #Mengaji #Bogel #Guru #Rogol #Arak #Penduduk
;