,
Viral

Penduduk Dakwa Gua Safarwadi Boleh 'Tembus' Ke Mekah

Awani
22/06/2024
08:55 MYT
Sebuah video yang memaparkan orang ramai membanjiri sebuah gua yang dinamakan Safarwadi Pamijahandi di Tasikmalaya, Jawa Barat menjadi tular selepas tersebarnya dakwaan bahawa gua berkenaan dapat 'menembusi' laluan ke Mekah.

Tembus

Menerusi klip yang dikongsi melalui platform Instagram itu, memperlihatkan sejumlah anak muda dan orang dewasa sedang membaca kalimat suci al-Quran selain melantunkan lafaz talbiyah.
Lafaz ini adalah lafaz tauhid yang sentiasa dilaungkan sepanjang musim haji, sama ada ketika berihram, tawaf, sai, wukuf, bermalam di Muzdalifah, melontar, berada di Mina dan seluruhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Maut Jatuh Tingkap Tingkat 3 Lepas Tergelincir Dari Treadmill, Polis Siasat Pengurusan Gimnasium

​ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah Jual Rojak Lontong Di Arafah Raih Perhatian, Siap Gesek Kuah Depan Pelanggan!

​ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Mengaku Ada ‘Koleksi’ 50 Suami, Teringin Kahwin 100 Kali

​ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Makkah, Warga Sulawesi Naik Haji Di Gunung Bawakaraeng Bawa Kambing

​ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Curang, Suami Hantar Sihir & Pernah Upah Orang Untuk ...

Menurut laporan media tempatan, gua berkenaan akan dibanjiri orang ramai terutamanya pada musim haji didorong dakwaan berkenaan.
"Sekiranya pada hari biasa boleh dikatakan mencapai 10,000 orang yang akan berkunjung tetapi ia akan bertambah berkali ganda terutama pada hari kebesaran umat Islam.
"Mereka yang datang adalah terdiri daripada seluruh pelosok daerah," demikian menurut kenyataan dalam video tersebut.
Gua Safarwadi memiliki dua pintu yang mana pintu masuk adalah dari Kampung Pamijahan dan pintu keluar ada di Kampung Panyalahan, sementara panjang gua berkenaan sekitar 284 meter dan mempunyai lebar seluas 24.5 meter.
Susulan itu warga maya, menyifatkan dakwaan itu sebagai dogengan serta mengingatkan kepada masyarakat bahawa jangan mudah terpedaya dengan dakwaan pelik sebegitu.

"Biar betul dapat 'tembus' ke Mekah, hati-hati jika berniat sedemikian," kata seorang warga maya.

Dalam pada itu, menurut seorang lagi netizen secara sinis berkata 'salah satu syarat menunaikan ibadah adalah orang yang berakal".
Dalam pada itu seorang lagi berkata, jika gua itu benar dapat menembusi ke Mekah, agen perniagaan haji dan umrah bakal bankrap.
Sumber: Sinar Harian menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Viral

Comel, Prabowo Bawa Kucing Kesayangan Bobby Tinggal Di Istana Negara

gempak
21/10/2024
02:55 MYT
Rasmi menjadi Presiden ke-8 Republik Indonesia bermaksud Prabowo Subianto juga akan menetap di Istana Negara di Jakarta.
Hiburan

Kahwin Duda, Irish Bella Dapat Masjid Hadiah Mas Kahwin

gempak
21/10/2024
00:55 MYT
Kisah pernikahan bekas isteri Ammar Zoni, Irish Bella pada hujung minggu ini masih menjadi sorotan media tempatan.
BorakSeeni