Majlis persandingan merupakan majlis yang sering dinantikan oleh pasangan pengantin. Namun, apalah makna majlis yang meriah jika salah seorang daripada mempelai tiada di pelaminan.

Begitulah yang berlaku kepada pengantin lelaki, Ahmad Al-Amin Ahmad Rais yang terpaksa bersanding seorang diri ekoran isteri ditahan wad selama lima hari akibat mengalami radang paru-paru.

BERITA TRENDING: Niat Nak Viralkan Photographer Sebab Gambar Kahwin Tak Jadi, Pasangan Pengantin Ini Teruk Dikecam - "Jenis…”

Lebih meruntun jiwa, pengantin lelaki yang segak dengan pakaian mengenakan persalinan berona merah sempat menghubungi isterinya menerusi panggilamn video ketika majlis berlangsung.

Difahamkan, panggilan itu dibuat sempena simbolik sesi fotografi bersama yang tidak dapat dijalankan.

Meninjau ruangan komen di beberapa platform media sosial, ramai bersimpati dengan nasib pengantin berkenaan.

Namun, yang menarik perhatian adalah tawaran seorang individu yang ingin menaja sesi fotografi pengantin selepas isterinya sembuh dan keluar daripada hospital.