Laman Utama
Pengarah Chinta Wrong Direction Puji Hun Haqeem - “Hun Banyak Beri Tunjuk Ajar Dan…”
Pengarah Hadith Omar berkongsi mengenai kredibiliti pelakon Hun Haqeem menerusi drama baharu arahannya, Chinta Wrong Direction.
Hadith berkata, sungguhpun dipadankan dengan seorang pelakon baharu, namun, Hun sebagai hero dilihat sangat membantu pasangan pelakonnya, iaitu Erysha Emyra.
Advertisement
“Walaupun Erysha merupakan seorang pendatang baru, dia merupakan seorang yang berbakat dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan keadaan di set penggambaran.
“Hun dan Erysha sudah ditemukan sebelum penggambaran bermula lagi untuk memudahkan mereka untuk mencipta chemistry antara mereka. Hun merupakan seorang pelakon yang amat membantu pasangan lakonannya.
“Hun banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan tips sepanjang penggambaran dijalankan. Erysha juga amat komited untuk melaksanakan permintaan saya sebagai pengarah,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Hadith turut berkongsi mengenai naskhah arahannya yang diinspirasikan daripada novel Chinta tulisan Norhayati Berahim.
“Drama ini diinspirasikan daripada novel Chinta karya Norhayati Berahim. Terdapat improvisasi yang dilakukan daripada novel asal untuk menyesuaikan dengan trend terkini dan untuk mengembangkan cerita sesuai untuk tayangan televisyen.
“Naskhah ini merupakan interpretasi kami sebagai produksi untuk menterjemahkan novel yang mendapat sambutan ramai ini kepada penonton,” katanya lagi.
Chinta bercerita tentang watak utamanya; Chinta (Erysha Emyra) dan juga Raja Akid (Hun Haqeem). Chinta seorang gadis yang bersikap sabar dan bersemangat walaupun ada halangan yang mendatang.
Dia tidak pernah diterima oleh ayahnya tetapi hidupnya tetap bahagian dengan Chinta bertemu dengan Raja Akid yang pandai bergaya dan kaya. Namun Akid mempunyai trauma terhadap golongan perempuan. Berkenalan dengan Chinta membuat dia semakin selesa.
Saksikan Chinta Wrong Direction bermula 26 Jun ini, Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.
Must-Watch Video