Pengawal Peribadi Pempengaruh Ancam Culik Wartawan
Maliah Surip
06/09/2024 15:55 MYT
06/09/2024 15:55 MYT
Suasana di hadapan sebuah balai polis menjadi kecoh apabila seorang pengawal peribadi tidak dapat mengawal perasaan marah selepas melihat sekumpulan wartawan berkumpul untuk mendapatkan berita terkini pasangan selebriti Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah.
Pasangan tersebut hadir ke Polres Jakarta Selatan untuk membuat laporan polis berhubung fitnah terhadap rumah tangganya.
Atta beberapa minggu kebelakangan ini didakwa sudah berpoligami. Dia didakwa kahwin dua dengan pempengaruh seorang janda anak satu, Ria Ricis.
Selain itu Atta dan Aurel juga dikatakan sudah bercerai.
Meski sudah menafikan khabar buruk itu namun masih pemberitaan di media sosial yang ditulis sehingga menimbulkan fitnah dan kekeliruan dalam masyarakat.
Sehubungan itu Atta dan Aurel pergi ke balai polis membuat laporan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang bertebaran.
Namun suasana menjadi kecoh selepas pasangan itu keluar dari balai polis dan sekumpulan wartawan cuba untuk mendekati lalu mendapatkan kenyataan Atta atau Aurel.
Pengawal peribadi yang mengawal pasangan tersebut tiba-tiba naik berang selepas cuba menghalang kumpulan wartawan mendekati Atta dan Aurel.
Malah dalam kekecohan yang berlaku, pengawal peribadi tersebut mengeluarkan ancaman untuk menculik wartawan.
Ancaman tersebut bagaimanapun membawa padah kepadanya apabila ‘direhatkan’ oleh Atta.
“Saya secara peribadi minta maaf. Kami memberikan peringatan keras bahkan sampai merehatkan dia daripada pekerjaan,” tulis Atta di media sosial.
Dalam kalangan media, Atta adalah antara selebriti atau pempengaruh yang sentiasa memberi kerjasama baik.
Didakwa kahwin dua

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu & Bapa Atta Halilintar Didakwa Gila Gelaran, Bengang Anak Tidak Dipanggil Haji
ARTIKEL BERKAITAN:Atta Halilintar Sentiasa Beringat, Enggan Biar Diri Hanyut Dengan Populariti
ARTIKEL BERKAITAN:Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
ARTIKEL BERKAITAN:Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”
ARTIKEL BERKAITAN:Rakam Aksi Sentuh Hajar Aswad & Kaabah, Netizen Sifatkan Atta Halilintar Buat Content Bukan Umrah
Pengawal berang, ugut culik wartawan
Namun suasana menjadi kecoh selepas pasangan itu keluar dari balai polis dan sekumpulan wartawan cuba untuk mendekati lalu mendapatkan kenyataan Atta atau Aurel.
Pengawal peribadi yang mengawal pasangan tersebut tiba-tiba naik berang selepas cuba menghalang kumpulan wartawan mendekati Atta dan Aurel.
Malah dalam kekecohan yang berlaku, pengawal peribadi tersebut mengeluarkan ancaman untuk menculik wartawan.
“Sampai saya lihat ada muka saya di TV, saya culik satu orang,” ancam pengawal peribadi tersebut seperti dilaporkan Kompas.