Berita baik buat peminat animasi negara, filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal telah pun mula ditayangkan di Astro First bermula hari ini.

Ketika negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini filem animasi sebegini pastinya sesuai ditonton bersama keluarga.

Namun bagi anda yang masih tidak tahu, apakah sebenarnya filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ini, kami sediakan lima fakta menarik anda perlu tahu.

1. Pengembaraan Menuju Ke Inderaloka


Filem ini merupakan animasi pengembaraan Malaysia yang ditayangkan pada 2019.

Filem ini menceritakan kisah si kembar Upin dan Ipin serta kawannya di Kerajaan Inderaloka, di mana mereka dan watak cerita dongeng perlu pertahankan kerajaan ini daripada raja jahat yang ingin memusnahkannya.

2. Filem Keempat!


Jangan tak tahu, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal merupakan filem keempat yang berdasarkan siri animasi Upin & Ipin selepas Geng: Pengembaraan Bermula (2009), Laksamana Upin & Ipin (2009/2012), Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016).

3. Kos 20 Juta!

Filem ini dihasilkan oleh Les' Copaque Production dan mengambil masa tempoh selama 5 tahun.

Dengan kos produksi sebanyak RM 20 juta, ia merupakan filem Malaysia paling mahal dibuat.

Alih suara ke Bahasa Inggeris telah dijalankan untuk versi tayangan antarabangsa

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

4 Kisah Rakyat!

Kisah-kisah rakyat menjadi formula dalam filem ini yang memberi kekuatan pada plot penceritaan yang mahu disampaikan pada penonton.

Antara cerita rakyat dalam filem ini seperti Mat Jenin, Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Bersiong dan Belalang diolah jadi menarik.

Filem ini juga tentang sejarah dan selebihnya kena pergi tonton sendiri!

5. Level Oscar, Bersaing Dengan Frozen 2!

Filem animasi terbitan Les’ Copaque Production ini turut tersenarai antara 32 calon kategori Filem Animasi terbaik yang dipertandingkan pada Anugerah Akademi Ke-92.

Kejayaan filem itu menembusi Oscar 2020 adalah atas usaha Les’ Copaque membawa watak kembar popular itu ke Hollywood.

Berikutan itu, Upin dan Ipin telah bersaing dengan filem animasi antarabangsa lain seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.

Sewa di Astro First (Saluran 480) atau On Demand Store. Hanya sambungkan PVR Box anda ke Wi-Fi dan strim pada bila-bila masa. Muat turun juga aplikasi Astro GO untuk strim filem-filem blokbuster dalam keselesaan rumah anda. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://content.astro.com.my/blockbusters