Penjaga dan pengusaha rumah perlindungan haiwan, Hashman Don bersedia untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga kucing-kucing milik Allahyarham Adibah Noor.

Hashman meluahkan hasratnya itu menerusi satu perkongsian di Facebook rasmi Rumah Amanah (Anugerah Mahligai Arah Nasib Haiwan).

“Innalillahwainalillahiraaujiuun. Salam takziah Al fatihah buat Adibah Noor.

“Tiada masaalah jika kucing-kucing arwah lebih 40 ekor nak berteduh di Rumah Amanah..Hulu Langat.Selangor.

“SOP no. 1 Kematian Tuan Kucing.. Waris nya boleh lah PM saya. Tak perlu bayar apa-apa dan tak perlu bagi makanan kucing-kucing itu setiap bulan.

“Malah setiap hari Ahad dari pukul 2.30 hingga 6.30 petang adalah hari melawat. Terbuka kepada umum,” tulisnya.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, Ashman memaklumkan buat masa ini belum ada waris terdekat Allahyarham menghubunginya.

“Pencerahan… Memang saya dah beri keizinannya untuk kucing-kucing Allahyarhamah Adibah Noor.

“Tapi saya belum mengambil kucing-kucing sebab waris-waris terdekatnya belum menghubungi saya..

“Tiada masaalah bagi saya jika dah di ambil seberapa ekor dan yang tinggal tu saya masih sudi menerima,” tulisnya.

Sehingga kini ramai yang telah mula berkongsi makluman tersebut dan berharap ia sampai ke pengetahuan keluarga Allahyarham.

“Waris atau kawan atau sahabat arwah Adibah Noor. Sila hubungi en Tuan Haji Hashman Don @ Rumah Amanah untuk pengurusan kucing-kucing arwah Kak Dib.

“Panjangkan posting ni. Tolong share share share sebanyak mungkin sehingga waris,sahabat atau kawan-kawan arwah Kak Dib tahu hal ni.

“Bahawa sebenarnya kucing-kucing Kak Dib ada yang nak uruskan dan jagakan. Ya Allah permudahkanlah urusan ni. Amin,” kongsi Qaseh Embun.