Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

Gempak
24/07/2024 06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.

Mengaku Tak Bersalah

Tertuduh yang berusia 52 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan anak perempuannya yang berusia 24 tahun, yang mana ia tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada 8 Julai lalu jam lebih kurang 10.30 malam di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin.

BERITA TRENDING:Bapa Kejut Bangun 3 Pagi Setiap Hari Untuk Belajar, Pelajar STPM Ini Raih Keputusan Cemerlang

​BERITA TRENDING:Lebih 1,000 Kawasan Lembah Klang Terjejas Gangguan Air

​BERITA TRENDING:Disangka Hilang, Budak 10 Tahun Rupanya Berjalan Ke Pusat Beli Belah

​BERITA TRENDING:Leo Jia Hui Ditemui Selamat!

Sementara itu, mengikut pertuduhan kedua, antara bulan 11 hingga bulan 12 tahun 2019 lebih kurang waktu pagi di lokasi sama, tertuduh telah melakukan perbuatan sama dengan individu sama yang ketika itu berusia 20 tahun.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Norma kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta saksi sehingga kes selesai dan sekiranya tertuduh melanggar syarat tersebut, jaminan akan ditarik serta-merta.

Mahkamah menetapkan tarikh 26 Ogos ini sebagai sebutan semula kes, serahan dokumen serta lantikan peguam.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak dalam kejadian di Gemencheh.

Perbuatan suspek itu didakwa dilakukan sejak 2019 hingga Julai 2024 yang mana mangsa telah melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Sinar Harian
#Anak #Jenayah #Bapa #R*gol
;