Hiburan

Pentas Berpusing, Opening Calum Scott, Ini Momen-Momen Indah Konsert Jelajah Asia Ed Sheeran Di KL!

Umirah Halim
28/02/2024
09:00 MYT
Penyanyi pop terkenal, Ed Sheeran hiburkan seramai 80,000 peminat sempena konsert Jelajah Asia Matematics +-=x÷ yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu lalu.
Malam konsert nya itu turut dihangatkan lagi dengan aksi pembukaan oleh penyanyi, Calum Scott, yang memukau penonton dengan lagu hits seperti Dancing On My Own dan You Are The Reason.
Kemunculan penyanyi berusia 33 tahun yang tepat membuat persembahan pada pada pukul 9 malam itu juga disambut dengan jeritan para peminat yang menunggu sejak petang.
Walaupun membuat persembahan solo, Ed tampil yakin memukau peminat dengan kemantapan vokalnya sambil bermain gitar dengan kehadiran pentas yang boleh berpusing 360 darjah.
Konsert yang berlangsung selama tiga jam ini turut menyaksikan Ed Sheeran mempersembahkan lebih daripada 20 seleksi lagu hits di dalam albumnya seperti Shape of You, Perfect, Thinking Out Loud, Dive, Tide dan banyak lagi.
Ed Sheeran menutup persembahan dengan dengan pertunjukan bunga api di langit menerusi lagu Bad Habits.
Untuk rekod, konsert ini merupakan kali kedua Ed Sheeran mengadakan konsert di SNBJ.
Kali terakhir Ed hadir untuk mengadakan konsert adalah pada tahun 2019 sempena ‘Divide Tour Live’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT