"Pentas Politik Tak Sesuai Bagi Saya" - Ben Ali Undur Diri Dari Armada, Nak Fokus Berbisnes
Amri Hassan
09/01/2020 04:40 MYT
09/01/2020 04:40 MYT
Pelakon Ben Ali mengumumkan telah mengundurkan diri daripada dunia politik dan berhasrat memberikan fokus sepenuhnya dalam bisnes.
Kata bintang filem Dubai My Love itu, pengunduran dirinya itu selaras dengan tamatnya khidmat selama tiga tahun sebagai Exco Armada Nasional.
"Terima Kasih Armada. Pada 3 Januari lepas berakhirnya mesyuarat terakhir Armada Nasional.
"Perjalanan suka dan duka selama 3 Tahun bersama barisan kepimpinan Armada & Bersatu khususnya banyak mengajar saya tentang selok belok dunia politik negara.
"Tidak pernah terfikir akan bergiat aktif dalam politik apatah lagi berada di dalam saf kepimpinan tertinggi Armada Nasional. Ianya merupakan satu penghargaan bagi saya.
"Kepada Syed Saddiq, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan selama 3 tahun ini sebagai Exco Armada Nasional.
"Teruskan politik khidmat dan kekal fokus didalam membela nasib rakyat.
"Saya secara rasminya mengundurkan diri dari tugasan politik apabila tamatnya sesi 2017-2019 ini untuk mengalihkan fokus saya sepenuhnya kepada perniagaan yang dibina sejak Februari 2018 lagi.
"Maaf sekiranya saya tidak menjalankan tugas dengan baik atau tidak berkhidmat seperti yang diharapkan selama ini.
"Kepada yang bertanding pada Pemilihan Parti nanti, selamat maju jaya saya ucapkan," tulisnya menerusi entri terbaharu di Instagram.
Ben beranggapan dunia politik bukan platform terbaik buatnya.
"Sedikit nasihat daripada saya, tak kira apa pon warna baju kita sarung, pastikan agama, bangsa dan negara menjadi teras kepada perjuangan kita dan bukannya berjuang untuk kepentingan peribadi.
"Pentas politik bukanlah pentas yang sesuai bagi saya. Tapi mungkin sesuai untuk anda semua.
"Doakan kejayaan saya dalam dunia perniagaan," tambahnya.
Ben yang mengahwini pelakon Singapura Nadiyah Shahab aktif dalam bidang perniagaan makanan dan pengurusan artis sebelum ini.