Filem Penunggang Agama arahan pengarah Syafiq Yusof berjaya mencatatkan kutipan tayangan sebanyak RM3 juta.

Jumlah itu berjaya dikumpul sejak ditayangkan secara rasmi kepada umum bermula 25 Mac lalu.

Kejayaan itu dikongsikan oleh Astro Shaw menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram (IG), sebentar tadi.

"Penunggang Agama berjaya raih kutipan RM3 juta! Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menonton, Salute!" tulisnya.

Filem Penunggang Agama dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Dalam pada itu, satu lagi berita baik yang ingin dikongsikan adalah filem Penunggang Agama 2 akan menemui penonton tidak lama lagi. Bila tarikhnya? Nantikan.

Jadi, bagi anda yang belum menonton, jangan lupa sewa Penunggang Agama di #OnDemand Store sekarang.

Hanya sambungkan PVR Box atau #UltraBox anda ke Wi-Fi dan strim filem ini dalam keselesaan rumah anda.

Anda juga boleh muat turun aplikasi #AstroGO untuk strim pada bila-bila masa. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari di content.astro.com.my.

Berita ini turut disiarkan di AWANI 7:45, untuk menyaksikan, klik di sini