Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penyanyi Bengang Dibaling Kasut, Cabar Peminat: “Siapa Buat? Naik Ke Pentas!”

Maliah Surip
09/09/2024 02:55 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tauba Tauba, Karan Aujla berang dan mencabar penonton yang telah membaling kasut ke arahnya sewaktu membuat persembahan di London baru-baru ini.

BERITA TRENDING: “Kalau Takat Kena Baling Telur Tu Dah Biasa Ya…” - Tomok

Menerusi beberapa video yang tular di platform X, seorang lelaki telah membaling kasut ke arah Karan sebelum penyanyi berusia 27 tahun tersebut mengajak pelaku naik ke atas pentas.

“Sekejap! Siapa buat? Saya cabar anda naik ke atas pentas! Mari berdepan saya satu lawan satu sekarang.

“Saya tidak menyanyi terlalu buruk untuk anda membaling saya dengan kasut!”selar Karan seperti dilaporkan NDTV.

Bagaimanpun ada dalam kalangan pengguna media sosial yang mengaku berada di konsert sama mendakwa peminat tersebut membaling kasut ke arah Karan agar penyanyi itu untuk ditandatangan.

Penyanyi yang juga komposer Punjabi itu berada di London untuk mengisi siri jelajah konsertnya.

Dia yang terkenal dengan hit seperti Property of Punjab, GolGappe Vs Daaru, Rim vs Jhanjhar dan No Need juga akan singgah melakukan persembahan di beberapa kota di India pada Disember depan.

BERITA TRENDING: Wanita Baling Selipar Ke Arah Presiden Indonesia, Jokowi

BERITA TRENDING: Peminat Simbah Air Sewaktu Konsert, Cardi B Balas Baling Mikrofon

BERITA TRENDING: Drake Dilempar Telefon Bimbit Waktu Syok Buat Persembahan

#Penyanyi #Viral #peminat #India #Kasut #Bengang #Baling