Laman Utama

Coco Tak Minat Pakai Minyak Pengasih & Susuk - "Orang Dah Tak Nak Kita, Takkan Nak Guna 'Guna-Guna' Pula"

gempak
Amri Hassan
28/09/2021
15:15 MYT
Sponsor Banner
Coco Tak Minat Pakai Minyak Pengasih & Susuk - "Orang Dah Tak Nak Kita, Takkan Nak Guna 'Guna-Guna' Pula"
Pempengaruh, King Coco tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyekutukan Allah dengan cara mengamalkan ilmu hitam dan perbuatan khurafat.
Jelas King Coco atau nama sebenarnya Masyaira Ismail, 24, dia tidak akan sesekali melakukan amalan terkutuk itu demi menambat hati lelaki.
"Saya ni memang tak baik. Pendosa tapi saya taklah sampai tahap nak duakan Tuhan.
"Kalau orang dah tak nak kat kita takkanlah kita nak guna 'guna-guna' pula. Ini tak betul. Saya tak perlukan ini semua," katanya.
Kisah cerai King Coco dengan bekas suami, Azrin Anas Abdul Shukor menarik perhatian ramai hingga ada pemilik akaun yang menawarkan perkhidmatan menjual pengasih, pelaris dan memasang susuk.
BACA: "Saya Dah No Longer Married" - King Coco Sahkan Sudah Bercerai
Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu sempat berseloroh dengan pengikut akaun Instagramnya tentang pendiriannya untuk tidak lagi mendekati suami orang.
"Iye awak saya single. Jangan risau kali ini, saya tak nak suami orang. Eh jap, tapi nak jadi bini nombor empat je. Cukuplah!
"Sanggup tak madu madulicious dengan ai? Guraulah.. Bf pun tak ada macam mana," tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024