Berita
Penyanyi Hamil Enam Bulan Maut Ditembak Selepas Enggan Memenuhi Permintaan Untuk Menari
Seorang penyanyi yang hamil enam bulan maut ditembak seorang lelaki berasal dari Pakistan selepas enggan memenuhi permintaannya untuk menari.
Menurut laporan Daily Mail, ketika kejadian pada sebuah majlis perkahwinan penyanyi tersebut bernama Samina Samoon, 24, dilaporkan enggan menari apabila dia dipelawa oleh Tarique Ahmed Jatoi untuk menari bersama.
Akibat pelawaannya ditolak, suspek yang berang dengan tindakan Samoon bertindak menembak mangsa sehingga maut.
Samoon mengalami kecederaan parah dan gagal diselamatkan oleh orang sekeliling berada di tempat kejadian.
“Samoon enggan menari kerana dia hamil tetapi suspek tetap membunuhnya, dia perlu didakwa atas dua kesalahan membunuh,” kata suami mangsa, Ashiq Ali.
Perkara itu masih disiasat oleh pihak polis dan Tarique Ahmed Jatoi telah ditahan untuk membantu siasatan.
Sumber: Daily Mail
Must-Watch Video