Penyanyi Kacak Dari Brunei, Rizal Rasid Tampil Dengan Lagu Rancak, Cerita Tentang Tarikh Luput Dalam Relationship
Amri Hassan
10/08/2024 15:00 MYT
10/08/2024 15:00 MYT
Baru sahaja pulang dari membuat persembahan di acara ASEAN-Korea Music Festival 2024 (Round Festival) yang bertempat di Busan, Korea Selatan, penyanyi kacak asal Brunei, Rizal Rasid kembali dengan single pop rancak terbaharu berjudul ‘Tarikh Luput’.
Lagu ciptaan Amzar Razqa, Sabbala, Mekar dan Tish Errda sendiri itu turut menampilkan penyanyi berbakat Tish Errda.
"Walaupun sudah lama tidak muncul dengan mana-mana single, saya masih lagi aktif menyanyi di majlis tertutup, persembahan korporat dan di beberapa buah universiti," katanya yang kali terakhir muncul dengan single terbaharu setahun lalu.
Ditanya mengenai single terbaharu Rizal, lagu ini mempunyai maksud yang ringkas.
"Dalam setiap perhubungan pasti akan ada ‘expiry date’ dan hanya menunggu masa untuk tarikh luputnya.
"Sebenarnya saya pernah menyanyikan lagu-lagu rancak sebelum ini, tetapi bukanlah lagu saya sendiri, dan single ini merupakan single saya sendiri yang pertama dengan rentak dansa.
"Sejujurnya saya suka mencuba sesuatu yang baharu, dan sebagai seorang anak seni, kita perlu berani untuk bereksperimentasi supaya dapat berkembang sebagai seorang penghibur.
"Memandangkan lagu ini lagu yang rancak dengan rentak yang pantas, saya ingin cuba menyanyi sambil menari apabila membawakan lagu ini di atas pentas nanti," katanya.
Single ‘Tarikh Luput’ yang telah pun dilancarkan turut memaparkan sebuah muzik video (MV) dengan konsep urban dan moden, dengan paparan busana fesyen terkini dan penataan cahaya yang menarik.
Lagu ‘Tarikh Luput’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, KKBox, Deezer, Apple Music serta YouTube Music.
Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran khas YouTube Warner Music Malaysia.