Laman Utama

Penyanyi Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia

Amri Hassan
05/07/2022
01:28 MYT
Penyanyi legenda Indonesia, Bob Tutupoly, 82, meninggal dunia pada Selasa selepas menderita sakit sejak sekian lama.
"Ya benar," kata anak Bob, Erick mengesahkan khabar duka itu kepada CNN Indonesia.
Isterinya, Rosmayasuti Nasution juga berkongsi tentang khabar pemergian Bob.
"Telah pulang ke rumah bapa di syurga dalam damai suami/papa/opa/oom kami tercinta Bob Tutupoly," maklumnya kepada media Indonesia.
Turut berkongsi berita terbabit adalah rakan-rakan selebriti Indonesia.
"Bob Tutupoly, selamat berpulang. Karyamu akan terus jadi legenda," tulis Tompi menerusi akaun Twitternya.
Bob Tutupoly merupakan penyanyi legenda Indonesia yang dilahirkan di Surabaya pada 13 November 1939 dan mula menceburkan diri dalam bidang seni pada 1965 bersama Patie Bersaudara.
Pemilik nama asal Bobby Willem Tutupoly itu kemudiannya dikenali lewat deretan lagu hit seperti Lidah Tak Bertulang, Tiada Maaf Bagimu dan Tinggi Gunung Seribu Janji.
Pada 1969 Bob ke Amerika Syarikat dan membuka sebuah restoran, Pertamina di New York.
Selepas pulang ke Indonesia pada 1977, Bob popular apabila membawakan lagu Widuri, ciptaan Slamet Adriyadi yang masih malar segar sehingga kini.
Sepanjang karier, Bob memiliki beberapa buah album serta pernah terbabit dalam dunia lakonan menerusi Gli Innamorati Della Becak (Kisah Cinta si Tukang Becak) (1958), Penasaran (1977), dan Sebelah Mata (2008).
Sumber: CNN Indonesia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
24/07/2024
10:20 MYT
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.