Laman Utama

Penyanyi OST Filem Hum Dil De Chuke Sanam Meninggal Dunia

Maliah Surip
01/06/2022
05:50 MYT
Penyanyi popular India, Krishnakumar Kunnath atau terkenal dengan panggilan KK meninggal dunia di Kolkata pada malam Selasa, 31 Mei 2022.
KK meninggal dunia pada usia 53 tahun, hanya beberapa jam setelah dia melakukan persembahan dalam sebuah konsert di Nazrul Mancha di Kolej Sir Gurudas Mahavidyalaya di Selatan India, Kolkata.
Berita kematian KK diumumkan oleh pihak hospital. KK dikatakan sudah berasa kurang sihat sewaktu membuat persembahan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Dia mencipta karier selepas menjadi penyanyi yang mendendangkan lagu pre rekod yang digunakan dalam filem termasuk hit dari Bollywood.
Namanya meledak selepas melahirkan album solonya, Pal pada tahun 1999.
Kematian KK ternyata mengejutkan bukan sahaja peminat tetapi orang kenamaan termasuk Perdana Menteri, Narendra Modi yang ikut berdukacita.
“Sebuah berita yang sangat menyedihkan. Lagu lagu nyanyiannya banyak memberi refleksi dan menyentuh jiwa seluruh masyarakat.
“Kami akan mengenang KK melalui lagu lagu miliknya. Salam tazkiah buat seluruh keluarga,” tulis Modi seperti dilaporkan CNN.
Sementera itu, aktor Akshay Kumar mencuit: “Terlalu sedih dan terkejut dengan pemergian KK. Sebuah kehilangan yang cukup besar!”
Pembikin filem, Vivek Agnihotri pula melahirkan rasa sedih dengan mengenang KK sebagai penyanyi dan sahabat baik setelah bekerjasama dengannya.
“Mengapa terlalu awal KK? Kenapa? Tetapi kamu telah meninggalkan khazanah berharga melalui lagu lagu yang ada. Ini adalah sebuah malam yang cukup panjang. Artis seperti KK tidak pernah mati,” katanya.
Untuk rekod, antara lagu Bollwood popular KK termasuklah Tadap Tadap Ke dari filem Hum Dil De Chuke Sanam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

X-Change: Ikut Plot & Karakter, Hariz Hamdan Akan Terus Lakonkan Babak ‘Daring’

gempak
27/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Hariz Hamdan menyatakan akan sentiasa mempertimbangkan untuk melakonkan mana-mana babak dalam drama yang memerlukan dirinya untuk membuat aksi ‘daring’.
Hiburan

Terima Banyak DM Lamaran Selepas Tular Video Sedang ‘Solo’, Khairul Aming Kongsi Ciri-Ciri Pasangan Idaman!

gempak
27/07/2024
01:48 MYT
Pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming mendedahkan telah terima banyak mesej lamaran menerusi akaun media sosialnya.
Viral

Johan Pertandingan Menangis Beramai-Ramai Ini Bawa Pulang RM143.50

gempak
27/07/2024
00:55 MYT
Satu acara pertandingan menangis diadakan di Tegal, wilayah Jawa Tengah dengan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai 500,000 rupiah (RM143.50).
Viral

Dikritik Gara-Gara Bergambar Dengan Kereta Tank Israel, Bright Vachirawit Mohon Maaf

gempak
26/07/2024
23:55 MYT
Pelakon Thailand, Bright Vachirawit menerima kecaman yang hebat gara-gara bergambar di hadapan sebuah kereta tank didakwa milik Israel ketika berada di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.