Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia

Firdaus
04/08/2024 15:04 MYT
Penyanyi terkenal tanah air, Jay Jay disahkan meninggal dunia pada Ahad, 8 Ogos 2024.

Datuk Hattan Sahkan Pemergian

“Innalillahiwainnailaihirojiun, Mohd Fauzi Haji Darus (Jay Jay) telah kembali menemui penciptanya

Perkara itu disahkan oleh Datuk Hattan menerusi hantarannya di platform media sosial, Facebook.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, Mohd Fauzi Haji Darus (Jay Jay) telah kembali menemui penciptanya. Moga Almarhum ditempatkan di kalangan ahli syurgaNya,” tulis Hattan.

Sekadar info, jenazah arwah diuruskan di Thompson Hospital, Kota Damansara.

Imbas kembali, penyanyi popular itu sebelum ini mengalami lumpuh separuh badan sejak Jun akibat serangan angin ahmar.

BERITA TRENDING:Jay Jay Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Jantung

BERITA TRENDING:Tular Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ibu Aliff Aziz Tampil Beri Respons

BERITA TRENDING:“Pembunuhan Ismail Haniyeh Tidak Akan Dibiarkan Tanpa Balasan” – Hamas

BERITA TRENDING:Pemandi Jenazah Buka Kisah Wanita Hidup Tak Keruan Simpan Baju Mayat Kakak Sendiri Dalam Bantal

Penyanyi Joget Angan Tak Sudah itu tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa selepas menjalani prosedur tersebut.

Difahamkan, doktor mendapati ada sesuatu mengganggu saraf otak yang menyebabkan penyanyi itu mengalami angin ahmar buat sementara

#Penyanyi #Hattan #Meninggal #hiburan #Jay Jay