Hiburan

Tular Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ibu Aliff Aziz Tampil Beri Respons

gempak
Khairil Khusyairi
04/08/2024
05:39 MYT
Sponsor Banner
Tular Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ibu Aliff Aziz Tampil Beri Respons
Ibu kepada aktor dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza dikejutkan dengan berita palsu mengenai khabar bahawa dia sudah meninggal dunia seperti yang dilaporkan sebuah channel, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Siti Hafiza memuat naik sebuah berita berbentuk video yang menyatakan dia telah meninggal dunia.

“Kematian ibu Aliff Aziz? Ramai doakan, Semoga Aliff Azizi tabah dengan dugaan,”lapor channel tersebut di Youtube.

Tidak berdiam diri, Siti Hafiza tampil memberi respons terhadap berita palsu tersebut dan memaklumkan dia kini dalam keadaan sihat disamping keluarga.
“Masyaallah tabarakallah pada insan yang saya hormati yang call saya sebentar tadi untuk memastikan berita ini sahih atau pun tidak.

“Alhamdulillah Allah masih memberi saya peluang untuk hidup sehari lagi aamiin,” tulisnya.

Sehubungan dengan itu, Siti Hafiza turut mendoakan agar pemfitnah diberikan hidayah atas perbuatan tersebut.
“Buat mereka-mereka yang gemar menabur khabar yang tidak berasas dan berunsur fitnah kami mendoakan kesejahteraan anda dan semoga Allah limpahkan taufik & hidayah agar anda berubah kerana Allah aamiin.
“Yakin dan pasti kita semua akan kembali pada Allah cepat atau lambat hanya Allah yang tahu tapi sudah kah kita bersedia untuk bertemu Allah fikir-fikirkanlah dunia hanya sementara waktu akhirat juga yang kekal selamanya wallahualam.
“Buat keluarga sahabat handai dan kenalan-kenalan yang masih mendokan kami hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda sekelian aamiin yra,” tutupnya.
Terdahulu, Siti Hafiza Basharahil diserang netizen ketika Aliff Aziz dilanda kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Bella Astillah dan terpalit kes khalwat dengan pelakon Ruhainies.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live