Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Penyiasat Cipta Animasi Tunjukkan Keadaan Singapore Airlines Berdepan Insiden Gelora Udara

Firdaus
06/06/2024 18:55 MYT
Pada 21 Mei lalu, sebuah penerbangan Singapore Airlines dari London dilanda gelora udara yang menyebabkan seorang maut dan beberapa orang lagi cedera.

Penyiasat Cipta Video Singkat

Susulan insiden tersebut, penyiasat mencipta satu video singkat untuk menunjukkan keadaan pesawat SQ 321 semasa gelora udara teruk itu berlaku.

BERITA TRENDING: Ibu Mangsa Insiden Pesawat SIA Terima Mesej ‘Kata-Kata Terakhir’ Anak - “Ia Sangat Menakutkan…”

Menerusi video berkenaan, difahamkan perubahan pantas dalam G Force mengakibatkan ketinggian pesawat itu berkurangan secara mendadak sebanyak 178 kaki (58 meter) hanya dalam 4.8 saat.

BERITA TRENDING: Pelajar Malaysia Kongsi Detik Cemas Insiden Pesawat SIA - “Mereka Jatuh Daripada Tempat Duduk Sehingga Ada Yang Terangkat Sampai…

Juruterbang Cuba Stabilkan Pesawat

Selain itu, juruterbang juga dikatakan cuba menstabilkan pesawat dengan menggunakan mod manual selama 21 saat.

Tindakan juruterbang itu berjaya menunjukkan perubahan dalam G Force selama 24 saat sebelum kembali kepada ketinggian 37,000 kaki.

PILIHAN PEMBACA: Seorang Maut Selepas Penerbangan Singapore Airlines Dari London Dilanda Gelora Udara

Terdahulu, pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ321 tidak menerima sebarang amaran sebelum penerbangan tersebut mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat sehingga mengakibatkan seorang penumpangnya maut.

A post shared by CNA (@channelnewsasia)

PILIHAN PEMBACA: Ini 6 Kejadian Gelora Udara Yang Melibatkan Pesawat Singapore Airlines Sejak 2004

Dalam kejadian tersebut, seorang penumpang terbunuh dan 30 lain cedera selepas kapal terbang itu mengalami pergolakan udara ketika dalam penerbangan dari London ke Singapura yang berbaki lagi 3 jam.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan bahawa penumpang yang maut merupakan warga UK, sementara 71 yang lain sudah dibawa ke Hospital Samitivej Srinakarin di Bangkok, Thailand dengan beberapa terpaksa menjalani pembedahan segera.

Ambulans kemudian tiba dan pelajar itu berkata, sekurang-kurangnya lapan individu terpaksa menggunakan pengusung untuk dibawa keluar sebelum dikejarkan ke kawasan kecemasan.

Sumber: Instagram
#Insiden #Singapore Airlines #Gelora Udara #Turbulence
;