,
Laman Utama

Peram 'Kejam' Dua Tahun, Ayu Damit Kembali Dengan Lagu Balada - "Kisah Cinta Bertepuk Sebelah Tangan Ini ..."

Amri Hassan
11/01/2023
11:35 MYT
Namanya bukan calang-calang, wanita genit bersuara emas ini pernah menyandang gelaran juara program realiti nyanyian terfenomena suatu ketika dahulu iaitu One In A Million musim ke-2 (OIAM2).
Anak kelahiran Putatan, Sabah, Ayu Damit kini kembali dengan single terbaharu dalam genre balada berjudul Kejam hasil ciptaan komposer muda Khairul Daniel, manakala liriknya ditulis sendiri oleh Ayu bersama Slen dan Jay.
"Syukur Alhamdulillah, penantian selama 2 tahun akhirnya berbaloi dengan terlahirnya single Kejam ini, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi bagi menyiapkan lagu ini.
"Masakan tidak hampir setahun diperuntukkan untuk sampai ke tahap ini, namun saya akur ini adalah ketentuan-Nya kerana kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya," ujar mahasiswa Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Vokal Klasikal di ASWARA.

8 bulan proses rakam lagu

Single Kejam terhasil bertitik tolak dari usaha Ayu sendiri bersama suami tercinta iaitu Syed Fauzi Syed Baharuddin yang sentiasa mendukungi setiap keputusan yang diambilnya sehingga sanggup mengeluarkan modal sendiri dan tidak mengharapkan mana-mana tajaan kerana terlalu serik dengan pengalaman lalu.
"Saya bertemu dan berbincang dengan komposer bernama Khairul Daniel lantas menyatakan lagu bagaimana yang saya mahukan dan dia seakan mengerti kehendak serta citarasa saya, setelah berbincang kami terus ke studio bagi memulakan proses rakaman lagu tersebut.
"Bayangkan proses untuk menyiapkan lagu ini bermula dari bulan Februari sehingga Oktober kerana banyak perkara terpaksa saya uruskan sendiri dengan tunjuk ajar komposer yang banyak membantu dan banyak saya pelajari dari A sehingga Z," tambahnya.

Hubungan bertepuk sebelah tangan

Menurut Ayu, single Kejam ini menceritakan tentang perhubungan bertepuk sebelah tangan.
"Lagu ini sebenarnya berkisar sepasang kekasih yang mengharapkan cinta namun tidak balas dan tiada kata putus lantas perbuatan kekasihnya ‘kejam’ kerana telah dipersiakan sebegitu.
“Saya sengaja memilih genre balada kerana mahu menonjolkan kemampuan vokal saya dalam sisi berbeza dengan sentuhan melodi ala 90-an namun tetap kedengaran ‘fresh’ dan baharu," ujarnya.
Lagu Kejam boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala lirik videonya boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Alternate Records
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

gempak
21/11/2024
21:55 MYT
Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Unitar