Filem Merewang Keluarga Pak Awang sudah pun ditayangkan di Astro First dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Apa yang menariknya, komen komen yang diberikan kebanyakkan positif! Dalam kata lain netizen approved!

Tidak hanya terletak pada keserasian pelakon, Merewang Keluarga Pak Awang juga mempunyai keunikan yang tersendiri.

Ini dia lima sebab mengapa Merewang Keluarga Pak Awang jadi pilihan netizen:


#Adlin Aman Ramlie

Walaupun ini merupakan arahan pertama Adlin, namun filem ini ternyata tidak memgecewakan. Adlin bijak memilih pelakon dan juga berjaya menghidangkan satu naskhah segar buat penonton.

Selain mengarah, Adlin juga turut terlibat dalam filem ini, walaupun bukan watak utama namun sekali dia bersuara pasti ramai ketawa.

#Perangai setiap watak yang gila gila

Buktinya lihat sahaja pada karakter yang dimainkan oleg Zizan, walaupun baru pertama kali membawa watak antagonis, namun pelawak ini telah menjayakannya dengan begitu baik sekali.

Tidak kurang juga dengan perangai watak yang dibawakan oleh Adriana Adnan, kadang-kadang membuatkan ramai yang geram dengan sikap clingy manja tu.

#Jalan cerita best & tak bosan

Sesiapa yang sudah menonton pasti akan terfikir “oh no wonderlah best, filem ini memang ada gaya Adlin,” rasanya mereka yang mengenali figura bernama Adlin ini juga tahu ‘sentuhan’ Adlin itu bagaimana kan.

Cukup rencah dari segi komedi, gaya-gaya perangai orang merewang, jalan cerita laju, eh semuanya lulus bak kata netizen.

#Imbau kegembiraan ada resam merewang

Bagi yang telah menonton filem ini pasti akan mengimbau zaman ketika membuat persiapan majlis perkahwinan atau dalam kata lain merewang.

Pelbagai ragam dan kerenah lebih-lebih lagi setiap kali pulang bertemu dengan sanak saudara di kampung.

Pasti teringat akan momen-momen nakal yang pernah dilakukan setiap kali berkumpul dan merewang bersama keluarga.

#Kekeluargaan

Dalam pada kekecohan tentang majlis perkahwinan, Merewang Keluarga Pak Awang sudah pasti mempunyai mesej yang tersendiri iaitu kekeluargaan.

Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah ini juga cukup cantik, walau apa pun yang terjadi keluarga tetap nombor satu.

BACA: Ini Sebab Kenapa Zizan Razak Setuju Untuk Berlakon Dalam Merewang Keluarga Pak Awang - “Bila Dengar Ada…”

BACA: Merewang Keluarga Pak Awang Papar Tradisi Kerja Kahwin, Gandingan Zizan Razak & Sabri Yunus Memang Pecah Perut!

Selain Zizan Razak dan Sabri Yunus, filem ini diperhebatkan lagi dengan lakonan yang meninggalkan kesan dari Adriana Adnan, Fabian Loo, Watie Sadali, Emelda Rosmila, Emma Sofea dan Adlin Aman Ramlie yang turut bertindak selaku pengarah.

Ini merupakan filem pertama arahan Adlin, manakala skrip oleh Amin Shakib dan cerita asal oleh Syahrul Imran Shariffuddin.

Saksikan filem Merewang Keluarga Pak Awang yang sudah berada Di Pawagam Rumah Anda iaitu Astro First sejak 15 Julai 2023.

SINOPSIS:

Merewang Keluarga Pak Awang mengisahkan tentang pesara tentera yang berpangkat komander, Pak Awang (Sabri Yunus) ingin mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya secara besar-besaran.

Dol (Zizan Razak) iaitu seorang jejaka di kampung mereka cuba untuk menggagalkan perkahwinan tersebut dan telah melancarkan pelbagai helah yang menjadikan situasi majlis perkahwinan huru hara.