Pelakon Iqram Dinzly tidak menganggap tindakan Shah Iskandar 'menghalaunya' dari set penggambaran drama Hati Yang Dikhianati sebagai satu tindakan negatif.

BACA: Shah Iskandar Gurau Kasar 'Halau' Iqram Dinzly Masuk Set Hati Yang Dikhianati - "Dia Tak Boleh Kena Provoke, Nanti ..."

Malah, ia sebahagian daripada penggalak untuk memberikan lakonan lebih bermutu dan membangkitkan semangat.

"Apabila dia halau saya dari set, saya anggap ia sebagai dos booster yang sangat bagus. Dia memang perasan dia bagus, kalau tak takdalah dinobatkan Pelakon Lelaki TV Popular sebanyak 2 kali berturut-turut.

"Disebabkan dia halau dengan cara baguslah, Alhamdulillah akhirnya saya dikurniakan peluang dalam drama Hati Yang Dikhianati.

"Secara jujurnya saya katakan, watak Azran nampak macam bagus bukan sebab saya Iqram Dinzlycious bagus, tapi seluruh produksi dari Team A & Team B para pelakon semuanya bagus bagus.

"Jadi, provokasi Shah menghalau saya dari set itu saya anggap ianya sebuah cetusan untuk saya confident dan menghargainya sebagai sebuah persahabatan yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit," ujarnya.

Memperincikan sikap sebenar Shah Iskandar sebagai rakan baiknya sejak sekian lama, Iqram sempat berseloroh.

"Dia memang perasan bagus! Memang tak dinafikan Shah Iskandar memang seorang yang mulut celupar tapi tidak hambar.

"Kami mengenali sejak dipertemukan dalam sebuah drama bersiri di Kedah dan sempadan Thailand. Kami disatukan dalam bilik yang sama.

"Saya perhatikan sahaja gerak-geri dan sejak itu saya 'jatuh cinta' dengannya. Dia seorang pembersih, teratur, very soft spoken dan easy going.

"Kami juga sering dijodohkan dalam majlis-majlis di mana akan satukan kami dalam satu bilik hotel. Dan terlalu banyak kenangan manis bersama sehinggakan persahabatan kami akrab.

"Paling saya hormati Shah Iskandar, sebab dia ni adalah perahsia dan sangat amanah. Hatinya mulia," tambah Iqram.

Sehingga kini, drama ini sudahpun bersiaran lebih 100 episod menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) atau strim di aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.



Azran

Seorang bekas banduan, bekas teman lelaki Maria. Seorang psychopath dan conman, yang ada niat untuk merampas legasi Solis dan mentajuhkan Dato Ghafar dan keluarga, dengan bekerjasama dengan Maria.

Sinopsis

Perjalanan kisah antara Elyas dan Lisa terus diduga, kali ini dengan kehadiran Samir yang kini nekad untuk memenangi hati Lisa. Kemunculan Tasya yang semakin lama mendekatkan diri dengan Elyas sedikit sebanyak mula menggubah perasaannya. Mampukah Elyas dan Lisa menyelamatkan sisa kisah cinta mereka.

Kebenaran tentang Elyas dan Maria bakal menguji keluarga Iskandar yang kini berantakan. Azran - seorang lelaki misteri - yang muncul dan mula mengganggu hidup Maria juga membuka kisah lama. Hubungan suami isteri antara Syaz dan Imran semakin dingin dengan kehadiran Adam.

Saksikan Hati Yang Dikhianati setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di saluran Astro Prima atau boleh distrim di Astro Go dan Ultra Box.

***

Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini.

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.