Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Perbarisan Hari Kebangsaan, Netizen Paling Tak Sabar Tunggu Unit K9 - “Handsome! Siap Pakai Kasut, ‘Spek’ Mata Lagi!”

Mya Amri
30/08/2024 08:55 MYT
Setiap tahun, antara acara yang paling dinanti oleh rakyat Malaysia adalah perarakan sambutan Hari Kebangsaan.


K9 comel pakai kasut siap berkaca mata


Tahun ini, selain abang Bomba, ada satu unit lagi yang membuatkan paling ramai tidak sabar menunggu iaitu Unit Anjing Pengesan atau lebih dikenali sebagai K9.

Malah netizen juga bertambah teruja selepas melihat video pendek sesi raptai Hari Kebangsaan 2024 yang dikongsi di Instagram dan Facebook rasmi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak Rabu.

Menerusi video itu, kelihatan hero-hero K9 sedang berarak dengan memakai kasut dan juga kaca mata hitam.

undefined
Tidak ketinggalan juga, video merakamkan gelagat K9 sedang bersantai sebelum ‘berkawad’ juga turut mencuit hati netizen.

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: Frankie & Denti, Wira Batang Kali Kembali Beraksi

ARTIKEL BERKAITAN:Penjaga Blake Peluk Islam, Netizen - “Alhamdulillah, Rupanya Ada Hikmah Di Sebalik Pemergian Anjing K9 Kesayangan”

ARTIKEL BERKAITAN:Kepenatan, Kerja Dua Hari Berturut-Turut, Hero Tanah Runtuh, Blake K9 Direhatkan

ARTIKEL BERKAITAN:'Abang PDRM UTK' Pula Tambat Hati Netizen, Single Lagi Ker?”

ARTIKEL BERKAITAN:Aset Udara ATM, Pasukan Keselamatan Lakukan Latihan Penerbangan Rendah Mulai Hari Ini Hingga 31 Ogos


Antara komen yang diterima adalah:


Untuk info, perarakan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun lalu disertai oleh salah seekor hero K9 terkenal iaitu Frankie.

Frankie merupakan anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Langat, Selangor pada Disember 2022.


undefined
#Bomba #Hari Kebangsaan #Merdeka #K9 #Perarakan #Unit Anjing Pengesan