Berita

Aset Udara ATM, Pasukan Keselamatan Lakukan Latihan Penerbangan Rendah Mulai Hari Ini Hingga 31 Ogos

gempak
Gempak
27/08/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Aset Udara ATM, Pasukan Keselamatan Lakukan Latihan Penerbangan Rendah Mulai Hari Ini Hingga 31 Ogos

Aset-aset udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan lain akan melakukan latihan penerbangan taktikal rendah bermula hari ini hingga 31 Ogos ini.

Sempena Hari Kebangsaan

TUDM dalam kenyataannya pada Isnin memaklumkan latihan penerbangan itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat tentera dan pasukan keselamatan negara lain akan melaksanakan penerbangan taktikal rendah di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di sekitar ruang udara Putrajaya dan Selangor.

Orang Ramai Tak Perlu Cemas

“TUDM dipertanggungjawabkan bagi mengetuai acara melibatkan segmen dan persembahan udara yang melibatkan pesawat udara, khususnya pesawat milik TUDM dan ATM dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter,” menurut kenyataan itu.

TUDM menasihatkan orang ramai supaya tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera khususnya pesawat TUDM dan ATM serta pasukan keselamatan lain melakukan penerbangan rendah sepanjang tempoh latihan dilaksanakan.

ARTIKEL BERKAITAN: 21 Jalan Utama Di Putrajaya Ditutup 6 Jam Sempena Raptai Hari Kebangsaan

Sumber: BERNAMA

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024