Hiburan
“Pergh, Tak Perlukan Auto-Tune!” – Sedap Menyanyi Live, Suara Penyanyi Lagu Dance Monkey Kejutkan Netizen
Penyanyi lagu Dance Monkey, Tones and I mencuri perhatian wargamaya apabila nyanyiannya secara langsung lagu popular tersebut tular.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @akmalhizzat berkongsi sepotong video menunjukkan Tones and I membawakan lagu tersebut dengan sepenuh perasaan pada sebuah majlis anugerah.
“Dia tak perlukan auto-tuned, auto-tuned yang perlukan dia. Suara dia memang sedap weh, nyanyi live lagi sedap!” tulis pemuda tersebut menerusi satu kicauan.
“She doesn’t need autotune, autotune needs her”
Suara dia mmg sedap weh, nyanyi live lagi sedap!!!! ? pic.twitter.com/U57U2MJiN3— Kemal (@akmalhizzat) December 26, 2019
Lagu Dance Monkey tular sekitar beberapa bulan lalu selepas ia menjadi hit saentero dunia.
Tones and I atau nama sebenarnya Toni Elizabeth Watson, 19, merupakan seorang penyanyi berasal daripada Australia.
Bermula sejak berumur 16 tahun, Tones and I mula menyanyi secara busking sebelum bakatnya diterokai di laman YouTube.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya memuji suara sebenar Tones and I yang mampu membawakan lagu ini secara langsung sama seperti versi radio.
Kicauan video tersebut sehingga kini telah menerima hampir 15,000 ulang kicau serta 18,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Must-Watch Video