Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Perintis Sitkom Terkenal, Othman Hafsham Dinobatkan Sebagai Tokoh, Ini Senarai Penuh Keputusan Pemenang ASA 2024

Umirah Halim
27/10/2024 01:55 MYT

Perintis sitkom dan pengarah lagenda Othman Hafsham telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2024 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Sabtu.

Beri inspirasi generasi baharu

Dengan penghargaan ini, Othman berharap hasil kerjaya yang disumbangkan kepada industri dapat menjadi inspirasi buat generasi baharu.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi di atas penghargaan ini. Saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Kementerian Komunikasi, kepada juri yang memberi penghormatan kepada saya.

“Anugerah ini juga untuk semua yang sudah menyokong dan memberi inspirasi sepanjang penglibatan saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan peminat.

“Penglibatan saya telah melalui 10 Perdana Menteri. Saya juga berharap hasil kerja saya ini memberi inspirasi kepada generasi baharu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Cinta Phoebe & Ejoi Menang Anugerah Drama Bersiri Terbaik (Anugerah Media Baharu) Di ASA2024

ARTIKEL BERKAITAN: One Cent Thief Rangkul Anugerah Drama Bersiri TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2024!

Menerusi kemenangan itu, Othman telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan sebuah kereta jenama Proton S70, trofi kemenangan serta barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM30,000.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berbahagia Fahmi Fadzil.

Sementara itu, Anugerah Khas Juri diberikan kepada Saeim Mohamad sekali gus membawa pulang wang tunai RM8,000 serta barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM20,000.

Drama TV Terbaik pula dimenangi oleh Bahalol terbitan Azan Fahmi sekali gus membawa pulang Dana Kandungan Kreatif berjumlah RM150,000.

Manakala, Dokumentari TV Terbaik dimenangi Taste Of Memory Season 2 (TV8) sekali gus menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM150,000.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang:

Kategori TV Terbaik

Drama Bersiri TV Terbaik : One Cent Thief (Astro Ria) - Astro Shaw

Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik : Sobri Anuar (Bahalol)

Pelakon Wanita Drama TV Terbaik : Liza Othman (Bahalol)

Pelakon Pembantu Drama TV Terbaik: Que Haidar (Astro Citra) - Lebai Sampan

Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik : Aida Aris (TV3) - Dania

Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik : Umar Shakur (Demi Masa) – TV3

Pelakon Komedi TV Terbaik : Aishah Azman (Jodoh Ayahku)

Pengulas TV Terbaik: Ahmad Fetri Yahya (Aduan Jiwa: Hati Tertinggal Di Syria)

Penyampai Berita TV Terbaik : Hazel Desmond (Berita Perdana RTM)

Pengacara TV Terbaik: Fiza Sabyan (Eksklusif Bersama Joko Widodo Presiden Republik Indonesia)

Pengarah Drama TV Terbaik : Zainorhisyan Samdin (Lebai Sampan)

Kategori Radio

Drama Radio Terbaik : Datuk Fauziah Nawi (Lima Beradik)

Penyampai Radio Terbaik : Muhammad Amir Akram Muhamad (Kelantan FM)

Penyampai Berita Radio Terbaik : Peter Carlos

Kategori Menerusi Media Baharu

Drama Terbaik : Doh (TV3)

Drama Bersiri Terbaik : Kisah Cinta Phoebe & Ejoy (Astro)

Podcast Terbaik : Siti Mimah - Muhammad Ali Imran Bin Harun

BERITA TRENDING: Dewi Bukan Warganegara Indonesia Seperti

BERITA TRENDING: Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang

Bagi edisi tahun ini, ASA2024 memberi pengiktirafan menerusi 60 kategori yang dipertandingkan iaitu 40 kategori televisyen, 16 kategori radio dan empat menerusi media baharu.

Malam ASA2024 turut dimeriahkan dengan persembahan Ziana Zain, Liza Aziz, Zamani, Aina Abdul, Ernie Zakri, Aisha Retno dan dihoskan oleh Shahrizan Borhan dan Nana Mahazan.

#Seri #Markah #Anugerah #Penuh #Senarai #Angkasa #2024 #othman hafsham
;