Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Perkahwinan Tak Indah Seperti Yang Disangka, Ini 10 Negara Dengan Kes Cerai Tertinggi!

Gempak
27/06/2024 18:06 MYT
Perceraian dianggap mimpi ngeri bagi sesetengah pasangan, manakala yang lain melihatnya sebagai permulaan baharu.

Ia boleh menjadi peristiwa yang mengubah hidup yang meninggalkan jejak kesedihan, namun bagi orang lain, ia menjadi pemangkin untuk membina masa depan yang lebih membahagiakan.

Setiap minit sebenarnya pasti ada kes perceraian di seluruh dunia.

Menurut firma guaman dan undang-undang keluarga terkenal di Philadelphia, Petrelli Previtera LLC menyenaraikan 10 negara dengan kadar perceraian tertinggi pada pada 2022.

Ini sekali gus memberi gambaran sekilas pandang pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kestabilan perkahwinan di seluruh dunia.

1. Maldives



Maldives mencatatkan kadar perceraian 5.5 bagi setiap 1,000 penduduk setahun. Pada 2002, ia telah disenaraikan dalam Buku Rekod Dunia Guinness untuk kadar perceraian tertinggi iaitu 10.97 perceraian bagi setiap 1,000 orang.

BERITA TRENDING:Remaja Bakar Kucing Diperintah Bon Kelakuan Baik Selama Setahun

Punca kadar perceraian yang tinggi termasuk kemudahan dan kemampuan untuk menamatkan perhubungan, peningkatan akses kepada pendidikan, kukuh dari segi kewangan untuk wanita membolehkan mereka menyara diri sendiri tanpa bergantung pada lelaki.

2. Kazakhstan



Kadar perceraian di Kazakhstan ialah 4.6 bagi setiap 1,000 orang. Kajian oleh Institut Hak dan Peluang Persamaan Kazakhstan melaporkan bahawa puncanya termasuk faktor gangguan orang ketiga seperti campur tangan saudara-mara, kekurangan sekatan moral, dan proses perceraian yang mudah.

​BERITA TRENDING:10 Tempat Menarik Untuk Bonding Bersama Anak, Nombor 9 Tu Paling Rare Guys!


3. Guam


Guam, sebuah pulau kecil di Lautan Pasifik, Amerika Syarikat mempunyai kadar perceraian 4.3 bagi setiap 1,000 orang. Undang-undang perceraian negara, yang memudahkan proses, dipersalahkan kerana kadar yang tinggi.

​BERITA TRENDING:Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk


4. Russia



Perceraian adalah perkara biasa di Russia. Kadarnya ialah 3.9 bagi setiap 1,000 orang. Sebab-sebabnya masalah peribadi seperti ketagihan alkohol, masalah ekonomi, kurang persefahaman antara pasangan akibat perselingkuhan atau curang.


BERITA TRENDING: Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Pergi Mana? In 5 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur!

5. Moldova



Moldova mempunyai kadar perceraian sebanyak 3.8 kes bagi setiap 1,000 penduduk.

Kira-kira 12 peratus gadis di negara Eropah Timur ini berkahwin sebelum umur 18 tahun, yang membawa kepada banyak perkahwinan yang berakhir dengan pasangan yang tidak matang dan tidak komited.

6. Belarus (Eropah Timur)



Kadar perceraian di Belarus ialah 3.7 kes bagi setiap 1,000 orang. Tahap pengangguran yang tinggi, kemiskinan, keganasan rumah tangga, ketagihan alkohol, dan masalah pemilikan rumah adalah antara faktor yang meruncingkan perkahwinan di negara itu.

7. China



China merekodkan 3.2 perceraian bagi setiap 1,000 orang. Kadar perkahwinan yang tinggi adalah disebabkan oleh pandangan moden tentang perhubungan, wanita yang lebih berpendidikan dan bebas kewangan, dan tekanan dan tekanan hanya benarkan miliki satu anak.

8. Republik Aruba



Republik Aruba, sebuah pulau di Caribbean, mencatatkan 3.2 perceraian bagi setiap 1,000 orang. Kekurangan akses kepada pendidikan memainkan peranan penting dalam kadar perceraian di negara itu.

Dalam sesetengah kes, undang-undang membenarkan tempoh berpisah sebelum perceraian dikurangkan daripada tiga tahun kepada satu tahun.

9. Lithuania



Ketidakstabilan ekonomi dan ketagihan alkohol menyumbang kepada kadar perceraian yang tinggi di Lithuania iaitu 2.8 bagi setiap 1,000 orang.

Pengangguran yang tinggi juga meningkatkan kemungkinan pembubaran perkahwinan, terutamanya di kawasan luar bandar.

Undang-undang juga memudahkan pasangan berpisah yang hanya mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk mendapatkan keputusan mahkamah.

10. Republik Dominican


Dengan kadar 2.7 bagi setiap 1,000 orang, Republik Dominican berada dalam senarai negara dengan kadar perceraian tertinggi di dunia.

Data menunjukkan bahawa kira-kira sembilan peratus gadis dipaksa berkahwin pada usia 15 tahun dan 31 peratus lagi sebelum umur 18 tahun, meningkatkan peluang bercerai kerana mereka berkahwin awal dan dikatakan masih tidak matang.

Selain itu, budaya di negara Caribbean menggalakkan lelaki mempunyai hubungan sulit.

Sumber: Agensi

#Viral #cerai #Cinta #Suami #Isteri #Berita #Negara #Pasangan #Top 10