Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Perkongsian Fattah Sebelum Kes Cerai Undang Sebak Netizen - “Sedihnya Tengok, Fatima Ni Memang…”

Mya Amri
25/09/2024 04:55 MYT
Perkongsian terbarharu pelakon, Fattah Amin di akaun Instagram pada Selasa mengundang sebak netizen.


Foto bersama anak perempuan beserta emoji hati


Menerusi hantaran di Insta Story, Fattah berkongsi foto merakamkan dirinya sedang mencium anak perempuannya, Nur Fatima Aisya dan meletakkan emoji berbentuk hati berwarna biru.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah perkongsian itu dimuat naik Fattah sehari sebelum sebutan pertama penceraian yang difailkan isterinya iaitu pelakon, Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.


Rata-rata netizen mendoakan agar urusan kedua-dua pihak dipermudahkan selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:Berjubah Putih, Fazura Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Permohonan Cerai - “Moga Dipermudahkan”

ARTIKEL BERKAITAN:“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN:Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Dituduh Jadi Penyondol Fattah-Fazura, Ayu Puteh Tampil Pertahankan Wanna Ali - “Kalau Tak Suka Pun Janganlah Sampai…”

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

ARTIKEL BERKAITAN:Foto Hitam Putih Undang Sebak, Netizen Titip Doa Buat Fazura - “Hugs… Semoga Yang Baik-Baik Untuk Awak”


Terdahulu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
#Fattah Amin #Anak #Fazura #cerai #Nur Fazura