Perkongsian Foto Hitam Putih Buat Peminat Risau, Aweera Akui Alami Kemurungan - "Terus Terang Saya Agak Murung Selepas..."
Khairil Khusyairi
09/10/2024 18:55 MYT
09/10/2024 18:55 MYT
Penyanyi Aweera tampil menjawab spekulasi netizen susulan perkongsianya di media sosial baru-baru ini.
Dedah Punca Sebenar
Menerusi entri di Instagram (IG) Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham mendedahkan tindakan dia memuat naik foto hitam putih beserta kapsyen ‘mahu pergi jauh’ adalah disebabkan kemurungan susulan pemergian sepupunya yang juga bekas pelumba moto 3 negara, Allahyarham Elly Idzlianizar Elias bulan lalu.“Terus terang saya agak murung selepas pemergian sepupu saya iaitu bekas pelumba negara Elly Idzlianizar baru-baru ini yang amat tragis,” dedahnya.
Hargai Sokongan Peminat
Dalam pada itu, pelantun lagu Romancinta itu turut merakamkan penghargaan kepada semua yang mendoakannya.
“Terima kasih juga pada penyokong-penyokong saya yang tak henti doakan saya,” zahirnya.
Dalam masa sama, Aweera memaklumkan single terbaharunya bersama kumpulan baharu akan diluncurkan tidak lama lagi.
“Dan lagu #ManaMenghilang dari kumpulan baru saya Isolasi akan keluar pada hujung November ni agak ada kaitan lirik dengan situasi saya masa ini,” kongsinya.
Terdahulu, Aweera mencuri tumpuan apabila memuat naik foto hitam putih beserta kapsyen yang mencetuskan tanda tanya ramai.
Allahyarham Elly meninggal dunia akibat ditetak dan ditikam selepas terbabit pergaduhan di Kangar, Perlis, September lalu.