Laman Utama

Perlu Pastikan Kesihatan Sentiasa Baik Antara Cabaran Besar Buat Amerul Affendi Dalam Kalut Nak Kahwin

Shahrin Zulkifle
06/08/2022
12:00 MYT
Pelakon Amerul Affendi mendedahkan, antara cabaran terbesar dalam filem Kalut Nak Kahwin adalah dia perlu memastikan kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan baik.
Jelas Amerul, sewaktu penggambaran dijalankan, negara masih dalam tempoh pandemik dan kes harian Covid-19 yang dicatatkan agak tinggi.
“Waktu itu masih lagi pandemik, dan cabaran buat saya adalah perlu menjaga kesihatan dengan sebaiknya, kes masa itu pun macam nak meningkat.
“Maklumlah sebab kalau sakit nanti mungkin menjejaskan beberapa perkara yang akan ganggu penggambaran.
“Tapi Alhamdulillah semua pelakon dan team produksi sihat dan kami berjaya menjalankan penggambaran sehingga selesai,” katanya ringkas ketika ditemui Gempak.
Selain Amerul Affendi, Kalut Nak Kahwin turut dibintangi oleh barisan pelakon tanah air yang lain seperti Salih Yaacob, Kartina Aziz, Anas Ridzuan, Dee Al-Hadi dan ramai lagi.
Ditanya berkenaan watak Mustakim yang dibawa dalam Kalut Nak Kahwin, Amerul berasa begitu seronok dan selesa dengan watak tersebut.
“Sebagai seorang pelakon saya tidak pernah menetapkan sebarang ketetapan watak yang saya nak bawa dan saya terbuka menerima semua jenis watak kerana pada saya itulah yang perlu dipukul sebagai seorang pelakon.
“Begitu juga dengan watak saya dalam Kalut Nak Kahwin ni, saya memegang watak sebagai Mustakim, saya perlu menjadi seorang yang kelakar.
“Jujurnya saya suka dengan watak yang begini, lebih mudah dan seronok untuk dibawakan, harapnya untuk filem ini saya dapat menghiburkan semua penonton yang menyaksikan filem ini,” ujarnya lagi.
Kalut Nak Kahwin mengisahkan keadaan hari majlis pernikahan dan persandingan Munirah yang menjadi kalut apabila kawasan flat kediamannya mengalami gangguan air.
Sebagai anak sulung, Mustakim berusaha menyelesaikan masalah dan memastikan hari bahagia adiknya dapat diteruskan.
Selain masalah air, banyak hal lain berlaku seperti insiden kebakaran, tok kadi yang mempunyai urusan lain dan pelamin yang tidak sempat siap. Di atas semangat kejiranan, semua penduduk flat cuba membantu walaupun semuanya dalam keadaan kalut.
Kalut Nak Kahwin kini sudah mula ditayangkan di pawagan rumah anda bermula 4 Ogos menerusi saluran Astro First (480). Langgan sekarang untuk menyaksikan lebih banyak filem menarik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!
Filem

Demam Sheriff Melanda Di Rumah Anda! Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Di Platform Astro First

gempak
26/06/2024
09:29 MYT
Filem Sheriff yang kini ditayangkan di Astro First menerusi Astro dan peranti pilihan anda, sooka telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta di platform tersebut!
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Hiburan

Mimi Lana Lalui Fasa Kesedihan Disebabkan Majlis Kahwin Batal - “Saya Bersyukur Allah Beri Macam-Macam Jenis Perasaan”

gempak
26/03/2024
03:25 MYT
Doa yang baik-baik.
Filem

Pemenang Anugerah Filem Psychological Terbaik, Korsakoff Bakal Ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda!

gempak
08/03/2024
12:00 MYT
Naskhah asli karya D Alpha Legacy yang bergenre ‘psychological thriller’ berjudul 'Korsakoff' bakal ditayangkan di Astro First anda bermula 14 Mac ini.