gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Beg Tangan Asal Birkin Dilelong RM42 Juta, Catat Rekod Dunia
HIBURAN
Permintaan Peminat Ditunaikan! Siti Nurhaliza Bawakan Lagu Rare di Konsert Violet Skies
HIBURAN
Didakwa Saling 'Unfollow' Di IG, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Masih Kunci Mulut
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Permintaan Peminat Ditunaikan! Siti Nurhaliza Bawakan Lagu Rare di Konsert Violet Skies

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
11/07/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Permintaan Peminat Ditunaikan! Siti Nurhaliza Bawakan Lagu Rare di Konsert Violet Skies

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menghiburkan para peminat menerusi Konsert Violet Skies Datuk Seri Siti Nurhaliza Live in Arena of Stars

Menariknya, konsert kali ini tampil dengan kelainan apabila Siti memilih untuk menyampaikan lagu-lagu yang jarang atau tidak pernah dipersembahkan di mana-mana pentas sebelum ini.

Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, pemilihan lagu-lagu tersebut dibuat khas berdasarkan permintaan para peminat yang sering menghubunginya melalui media sosial.

“Lagu-lagu ini peminat selalu DM saya, minta saya nyanyikan…. Jadi malam ini saya tunaikan permintaan anda semua,” katanya.
Selama dua malam penganjuran, Siti mempersembahkan hampir 25 buah lagu termasuk Pendirianku, Usah Diragui, Tak Rela Berpisah Darimu, Tak Boleh Lupa, dan Kita Kan Bersama.
Dalam pada itu, Siti turut mengumumkan akan memberi fokus kepada penghasilan album penuh tradisional yang dijangka siap pada hujung tahun ini dan diikuti dengan konsert tradisional terbesarnya yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan.
Konsert istimewa itu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis terkenal seperti Datuk Seri Rossa, Melly Goeslaw, Nadia Brian, dan Aina Abdul.

Terdahulu, Konsert Violet Skies Datuk Seri Siti Nurhaliza Live in Arena of Stars berlangsung selama dua hari iaitu 5 dan 6 Julai di Genting Highlands.

Selain itu, penyanyi jemputan Noh Salleh turut membuat penampilan istimewa dengan berduet bersama Siti menyampaikan tiga buah lagu: Rahsia Tuhan, Pagi Yang Gelap, serta lagu klasik Indonesia, Bengawan Solo. Siti turut memberi ruang kepada anak saudaranya, Ahmad Daiyan, untuk tampil membuat persembahan istimewa bersamanya di atas pentas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement