,
Laman Utama

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Boleh Dibuat Bermula 1 April, Tapi Ini Yang Terakhir?

Fiza Kamarudin
16/03/2022
22:40 MYT
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022.
"Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 April 2022 manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April depan," demikian menurut KWSP dalam satu kenyataan.
Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, serta perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun Dua mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun Satu.
Dalam satu kenyataan KWSP berpendapat bahawa pengeluaran khas RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri itu merupakan yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.
KWSP sekali lagi menyuarakan kebimbangan berhubung tahap simpanan hari tua pencarum.
“Tatkala negara sedang membangunkan semula ekonomi dan lebih ramai rakyat kembali bekerja, KWSP berpendapat bahawa pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.
“KWSP ingin menekankan sekali lagi kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial negara,” menurut kenyataan itu.
KWSP turut memaklumkan bahawa maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran serta mekanisme pembayaran akan dibuat dengan kadar segera.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media khas pada Rabu berkata kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP itu bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lepas.
Tiga program pengeluaran khas KWSP itu merupakan pengeluaran pra-persaraan yang diperkenal sebagai langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik COVID-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap

gempak
20/09/2024
12:20 MYT
“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap
Hiburan

M. Nasir Berbesar Hati Terima Kedatangan PM ke Konsert Cipta

gempak
22/08/2024
05:25 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir berbesar hati menerima kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Dato M. N45IR Cipta pada 10 Ogos lalu.
Berita

Rombakan Kabinet? Ini Jawapan Perdana Menteri

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Hiburan

PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

gempak
11/08/2024
08:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan menghadiri konsert penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir 45 Tahun Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Berita

Meta Dipanggil Bertemu PM Hari Ini, Beri Penjelasan Hantaran Palestin Diturunkan Di Media Sosial

gempak
05/08/2024
06:25 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BorakSeeni