Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Permohonan Semakan Perintah Reman Ditolak, Pempengaruh Suami Isteri Gagal Kemuka Transaksi Wang Derma

Maliah Surip
12/07/2024 10:25 MYT
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan perintah reman mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikenakan terhadap suami isteri yang juga pempengaruh semalam.

Keputusan dibuat Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas memeriksa rekod prosiding dengan mahkamah berpendapat Majistret Putrajaya sudah pun mematuhi semua kanun acara jenayah.

Reman ditolak

"Isu tiada kaitan antara Orang Yang Disyaki dengan seksyen siasatan tidak ada merit,

"SPRM sepatutnya dibenarkan menjalankan siasatan dan apa-apa kesalahan jika ada boleh ditentukan selepas siasatan selesai," katanya.

Permohonan semakan difailkan peguam Abdul Rahim Ali yang mewakili pasangan suami isteri berusia 30 dan 26 tahun itu.

Abdul Rahim memberikan alasan Seksyen 23 Akta SPRM memperuntukkan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

“Dalam peruntukan ini, pegawai badan awam telah ditakrifkan secara khusus, iaitu mana-mana anggota pegawai awam... dalam kes ini anak guam saya bukan penjawat awam dan syarikat mereka tidak mempunyai kepentingan awam," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan

ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Islamik Terpalit Isu Seleweng Kutipan Derma Mohon Doa Yang Baik - “Alhamdulillah, Saya Dalam Keadaan Sihat”

ARTIKEL BERKAITAN: Tamatkan Riwayat Sendiri Kerana Siber Buli, Ini Kronologi Kes Influencer Rajeswary Appahu

ARTIKEL BERKAITAN: Bersara Dengan Tenang, Pakar Kongsi Cara Untuk Ada Simpanan Lebih RM1 Juta Pada Waktu Tua!

ARTIKEL BERKAITAN: Seleweng Kutipan Derma, Suami Isteri Pempengaruh Ditahan SPRM

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan permohonan peguam orang yang disyaki adalah mengelirukan dan pramatang.

"Seksyen 23 Akta SPRM dalam kes ini hanya permulaan siasatan. Apabila siasatan dijalankan semua prosedur-prosedur dibenarkan di bawah undang-undang boleh dilakukan," katanya ketika prosiding.

Akram memohon mahkamah membenarkan proses siasatan dijalankan dan reman ini diperlukan untuk melengkapkan siasatan.

Beliau berkata, sebanyak 13 program telah disediakan di platform Jom Donate untuk kutipan derma.

Antaranya, Program Pek Makanan M&M, Program Infaq Al Quran M&M, Pakaian Raya Asnaf, Program Sedekah Qurban, Program Infaq Qurban, Program Infaq Banjir, Program Bantuan Banjir, Program Infaq Kurma dan Program Pek Makanan M&M.

"Namun, masih terdapat beberapa program belum dikenal pasti untuk kutipan derma melalui pasangan itu. Mereka juga gagal mengemukakan transaksi kewangan bagi setiap program tersebut," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan soal siasat bersama suspek, program-program dijalankan untuk kutipan derma di platform Jom Donate adalah dikendalikan pasangan pempengaruh itu.

"Namun mereka melantik beberapa syarikat berbeza-beza untuk menyampaikan dana kepada penerima sumbangan.

"Oleh itu, pihak SPRM perlu mengesan syarikat-syarikat tersebut dan merakam pernyataan saksi-saksi penting yang belum dikesan," katanya.

Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh itu ditahan SPRM pada Rabu lalu dan direman empat hari sehingga 14 Julai bermula semalam.

Turut direman dua lalaki daripada pengendali platform kutipan derma dalam talian.

Sumber: Berita Harian

#Mahkamah Tinggi #Pempengaruh #Menolak