Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma' Harun mendedahkan pelakon Puteri Sarah Liyana pernah menghubunginya untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung isu rumah tangganya.

Berkongsi mengenai perbualan mereka, Ustazah Asma memberitahu ketika itu Puteri Sarah sememangnya mahu mempertahankan perkahwinannya dengan pengarah Syamsul Yusof.

“Sebenarnya Puteri Sarah hubungi saya dah lama… tapi saya tak pernah cerita, masa itu saya di Mekah. Dia hubungi saya dengan tujuan untuk dapatkan khidmat nasihat.

“Puteri Sarah berusaha di peringkat awal untuk menyelamatkan rumah tangga dia… dia tanya apa dia boleh buat dan saya ada kongsikan doa serta zikir.

“Dia nak mempertahankan rumah tangga, dia masih sayangkan suami… siapa tak sayang, ayah kepada anak-anak,” kata Ustazah Asma kepada Gempak.

Ustazah Asma ditemui ketika Anugerah Nona Superwomen 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya pada Rabu.

Bagaimanapun, menurut Ustazah Asma, dia tidak sempat untuk bertemu dengan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof disebabkan kekangan masa.

“Kemudian kesibukan saya menyebabkan tidak sempat menyatuninya. Dia nak jumpa, saya fikir ada hikmah kenapa tak dapat pertemuan dengan Puteri Sarah.

“Ketika itu, Puteri Sarah mengharapkan dapat jumpa dia dengan suaminya. Saya kira ada hikmah yang apa berlaku sekarang, itulah perjalanan yang telah ditakdirkan.

“Bukan dia saja, ramai artis yang berdepan masalah rumah tangga cuba menghubungi saya. Bila mereka menghubungi, saya lebih mendoakan dan tips apa yang boleh diusahakan,” ujarnya.

Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri di Thailand.

Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.

Bertambah teruk lagi, apabila Puteri Sarah meminta Syamsul untuk melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.

BACA: “Mohd Syamsul, Saya Minta Lepaskan Saya” - Puteri Sarah Tak Rela Dimadu

BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand

BACA: "Ya, Puteri Sarah Masih Isteri Saya" - Syamsul Yusof Rayu Pulang Ke Pangkuan, Selesaikan Masalah Di Rumah

BACA: "Letak Semua Kesalahan Pada Saya?" Puteri Sarah Ucap Tahniah Tapi Dakwa Syamsul & Ira Dah Lama Nikah

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.