Pengusaha kereta terpakai, Daniel Firdaus berkongsi rezeki menghadiahkan sebuah kereta Proton Persona kepada pasangan suami isteri tular membawa anak mereka menaiki motosikal dengan memakai alat bantuan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP).

Harap dapat ringankan beban

Menurut Daniel, dia berharap bantuan itu dapat membantu mengurangkan beban yang dihidapi oleh keluarganya.

“Allahu besar ujian En Lan tapi En Lan tetap kuat, teringat kali pertama En Lan datang kedai abang Aji nak cari kereta bernilai RM1,000 habuan ulang alik Hospital Bahiyah.

“Walaupun Abang Aji bagi pilih kereta, En Lan tak kisah dan tak meminta. Mana mana di luar sana yang ada sedikit rezeki lebih.

“Sama-samalah kita membantu walaupun 1 sen, kerana rezeki Allah itu luas.Tidak akan luak sedikit pun harta kita jika membantu saudara seislam kita.

“Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba Mu itu, Amin Yarabalamin,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya.

BERITA TRENDING: Keluarga Bawa Bayi Pakai Alat Bantuan Pernafasan Tak Sangka Viral - “Hanya Ada RM12 dalam Poket…”

Terdahulu, kisah suami isteri itu tular di media sosial kerana membawa anak mereka Mohd Aariz Zafran, 11 bulan yang memakai alat pernafasan menaiki motosikal ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Ahad lalu.

Kisah pasangan itu juga turut mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerusi setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang memohon orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga itu.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)