Pernah menderita anxiety, bipolar dan depresi, penyanyi dan usahawan kosmetik popular Safiey Illias tampil memberikan kata-kata semangat buat Nur Sajat yang kini dihimpit pelbagai kontroversi dan tekanan perasaan.

BACA: Telan Ubat Tidur, Sajat Alami Depresi - "Aku Ini Lelaki Yang Mempunyai Kemaluan Wanita .."

Kata Safiey, situasi yang dilalui Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman itu pernah dilaluinya sejak lima tahun lalu.

Justeru, Safiey menasihati orang ramai agar memberikan sokongan kepada Sajat berbanding mengecamnya.

"5 tahun ratu lawan sakit ni. Major depression, anxiety, panick attack, bipolar, skizofrenia dan macam-macam lagi. Malas nak tulis. Tapi semua ni adalah penyakit mental illnesses.

"Bulan ni ratu last dipantau doktor untuk pengambilan ubat, jika this month semua okey, bulan depan ratu dah tak payah bergantung dengan ubat. Ratu happy sebab akhirnya ratu dapat lawan sakit ni.

"Orang ramai salah anggap. Ini adalah penyakit, penyakit perlukan ubat. Tak habis-habis isu suruh mengaji dan solat. Ia dua benda berbeza.

"Kalau kawan awak patah tulang, awk suruh jumpa doktor bukan suruh dia solat atau mengaji. Mental illnesses bukan perkara main-main. Ratu bersedia dan tak segan silu nak kongsikan macam mana nak lawan dan berhadapan dengan rakan yang ada sakit ni," katanya.



Tambah Safiey, situasi semasa yang dilalui kebanyakan orang ketika pandemik antara punca masalah mental.

"Di tahun 2021, mental health and illnesses dah dipandang serius oleh masyarakat dunia. Sebabnya ramai dah mula terkesan lagi-lagi dengan pandemik yang melanda.

"I'm ready to advocate, educate and dedicate by using my voice and stand up regarding this mental health and illnesses," ujarnya.

Sebelum ini kecoh apabila sepotong video tangan Sajat bergari tular di media sosial. Bagaimanapun, Sajat tampil menjelaskan perkara terbabit.

BACA: "Akhirnya 'Nur Sajat' Mengaku Buat Pembedahan Jantina, Tertekan Didiskriminasi?

Susulan kejadian berkenaan, Sajat meluahkan kekesalan terhadap kecaman yang diterima daripada netizen hingga menyifatkan dirinya kini berdepan depresi.

Pada Rabu lalu, JAIS mengesahkan Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

JAIS dalam kenyataan memaklumkan siasatan terhadap Sajat dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada 2018 dan 2020.

BACA: Muhammad Sajat Disiasat JAIS