Berita
Pernah Diekori Lelaki Hingga Ke Rumah, Bekas Isteri PU Abu Dedah Cerita Sebelum...
Bekas isteri PU Abu, Ain Afini berkongsi pengalamannya ketika mula berniqab seawal usia 18 tahun.
Ain berkongsi ceritanya itu selepas mendedahkan ramai yang bertanya bagaimana dia istiqamah dalam menjaga aurat dan memakai purdah.
Menurut Ain punca dia berniqab pada mulanya untuk melindungi dirinya dari diekori seorang lelaki hingga balik ke rumah.
Advertisement
“Banyak sangat Ain terima DM (mesej peribadi) soalan macam ni, macam mana nak istiqomah. Macam mana nak kekal jaga aurat, macam mana nak pakai purdah tapi keluarga tak bagi? Ain kongsi pengalaman Ain ya.
“Gambar ni masa tahun 2014. Masa tu baru umur 18 tahun. Punca terdetik nak pakai niqab sebab selalu sangat keluar sorang pergi sana sini dan pernah kena ikut dengan lelaki sampai lah pintu belakang rumah.
“Kebetulan masa tu tengah shoot short film untuk assignment. Korang search kat youtube " Because Allah loves you (short film ). Jadi nak dipendekkan cerita untuk keselamatan masa tu Ain pakai niqab. Kalau balik rumah dari UIA pun naik keretapi then naik bas. Jadi rasa selamat lah sikit.
“Tapi lama- lama dah jadi kebiasaan sebab bila pakai niqab ni rasa bersalahnya nak buat benda bukan-bukan. Bila kita cuba usaha nak jadi baik ni, memang kena paksa. Paksa sampai betul-betul jadi ikhalas. Dan ujian tu memang akan ada, lagi berat ujian tu tanda Allah lagi sayang kan?” katanya.
Ain berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya mula memakai niqab pada tahun 2014.
Pun begitu, kata Ain untuk berubah perlu perlahan-lahan dan lakukan yang wajib dahulu.
“Nak berubah tak perlu pun terus pakai niqab, perlahan-lahan jaga mana yang wajib dulu lagi bagus. Kalau parents tak bagi pakai tak perlu lah pakai sebab mana satu yang wajib? Kita jaga solat, perlahan-lahan longgarkan pakaian, jaga aurat lengan, pakai stokin.
“Tak apa semua ambil masa asalkan kita usaha. Minta Allah tetapkan hati kita untuk sentiasa dijalanNya sebab hati ni sifatnya berbolak-balik. Allah baik Allah bantu.
“Dan bila kita dah slowly mampu istiqomah jangan pernah rasa diri kita ni baik dan orang lain jahat. Kita bukan orang baik tapi kita usaha jadi baik sebab Dia,” katanya lagi.
Pada April tahun lalu Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika bekas isteri sarat hamil.
Hana Azraa dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercerai talak kedua.
Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar yang lahir pada 7 Jun tahun lalu.
Must-Watch Video