,
Hiburan

Pernah Dikritik Penampilan Tak Mandi, Ini Respon Kugiran Masdo - “Kami Tak Simpan Dalam..”

Umirah Halim
19/06/2024
08:55 MYT
Pernah menerima komen berbaur kritikan mengenai penampilan mereka yang dikatakan seakan ‘tidak mandi’, kumpulan Kugiran Masdo anggap ia sebagai satu teguran bagi memperbaiki diri.

Anggap seperti gurauan

Selaku vokalis, Ali Sariah berkata mereka enggan mengambil pusing dengan kritikan yang diberikan segelintir netizen dan memilih untuk berlapang dada dengan setiap teguran.
“Kalau nak cakap terkesan itu kami sudah biasa.

“Perkara seperti itu kami anggap seperti gurauan sahaja, teguran itu mungkin kami akan ambil secara positif kerana mungkin ada yang perlu kami perbaiki.

Berita Trending: Dikritik Penampilan Seperti ‘Tak Mandi’, Wargamaya Back-Up Masdo

Berita Trending: Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!

Berita Trending:Ada Nilai Sentimental, Kugiran Masdo Enggan Jual Ratusan Blazer & Sut - “Masih Simpan Yang Pertama Kali Kami Miliki”

“Contohnya seperti photoshoot kena elok-elok selepas ini jadi terima kasih lah kerana menegur, kami tidak simpan di dalam hati,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Kugiran Masdo dilaporkan baru sahaja pulang daripada 4 buah kota di Indonesia bagi mempromosikan single terbaharu mereka berjudul Perih Jerih dan bakal ‘terbang’ ke beberapa negara lain termasuk Korea dan Mongolia.
“Alhamdulillan kami baru pulang daripada Indonesia untuk promosikan single kami iaitu di Bandung, Jakarta, Jogja dan Bali.
“Selepas promo single Perih Jerih kami akan terbang ke Mongolia pada Julai untuk Playtime Festival dan terus terbang ke Korea untuk Round Festival pula.

Berita Trending: Kugiran Masdo Gembira Dengan Penghijrahan Aisyah Aziz - “Dah Boleh Nampak Dia Perlahan-Lahan Berubah”

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

“Iaitu muzik festival yang dianjurkan oleh KBS Station,” kata mereka.
Lagu Perih Jerih sudah dilancarkan pada 24 April lalu boleh didengari di semua aplikasi penstriman muzik, manakala video muzik boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Kugiran Masdo.
Kugiran Masdo yang dianggotai Ali Sariah selaku vokalis, Putu Ceri (bes) dan Asmawi (gitaris).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Baru Sehari Kerja Butik, Alice Chang Resign Sendiri Sebab Gaji Tak Setimpal - "Populariti Saya Semakin Meningkat"

gempak
22/10/2024
11:55 MYT
Wanita yang sering mencetuskan kontroversi, Alice Chang, sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial setelah menerima pekerjaan baru di sebuah kedai pakaian tradisional India.
Hiburan

Netizen Kurang Senang Adira Pilih Berguru Dengan Andika - “Please Tukar Coach, Alahai Kenapalah Dengan Mamat Whiteboard Ni Juga”

gempak
22/10/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menjadi perhatian selepas berkongsi video pendek merakamkan dirinya sedang menimba ilmu dengan pempengaruh kontroversi, Andika Putera.
Hiburan

Nama Dipetik Sertai GV11, Mila Jirin; "Jangan Risau, Saya ..."

gempak
21/10/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Mila Jirin menjawab spekulasi yang menyatakan dirinya tersenarai dalam peserta Gegar Vaganza pada tahun ini.
Hiburan

Hanya Jadi Diri Sendiri, Qistina Raisah Tak Kisah Netizen Kritik Penampilan Seksi - “Baju Saya Pilih, Mak Akan Tapis Dahulu..”

gempak
21/10/2024
01:33 MYT
Pelakon, Qistina Raisah enggan mengambil pusing terhadap pendapat orang mengenai penampilan dirinya yang dikatakan seksi dan terlalu mencuba untuk menjadi ‘dewasa’.
Hiburan

Individu ‘Bitter’ Fattah Amin Dapat ‘Job Lebat’ Lepas Cerai, Anggap ‘Beauty Privilege’ Itu Wujud – “Padahal Ramai Lagi Duda Lain Yang Tak Ada Job”

gempak
19/10/2024
08:20 MYT
Seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap aktor Fattah Amin gara-gara populariti yang diraih selepas bergelar duda.
BorakSeeni