Pernah Guna Dadah Pada 2012, Virgoun Kembali Ambil Syabu Untuk Kurus
Maliah Surip
25/06/2024 08:20 MYT
25/06/2024 08:20 MYT
Penyanyi Virgoun yang ditangkap kerana dadah akhirnya memberikan alasan di sebalik perbuatan buruknya itu.
Kepada pihak berkuasa tempatan, bekas suami Inara Rusli itu mengatakan mengambil dadah untuk menurunkan berat badannya atau kurus.
“Virgoun mengambil dadah jenis syabu untuk menurunkan berat badan,” dedah wakil polis Jakarta Barat kepada media Indonesia.
Pihak berkuasa juga mendedahkan Virgoun mengaku pernah mengambil dadah pada tahun 2012 namun sempat berhenti.
Dia bagaimanapun kembali mengambil dadah sejak awal tahun ini.
Sewaktu tangkapan berlaku di sebuah bilik apartment baru-baru ini, Virgoun tidak bersendirian.
Dia sebaliknya ditangkap bersama seorang wanita yang identiti sempat menjadi tanda tanya.
Pihak berkuasa tempatan kemudian mendedahkan identiti wanita tersebut bukan kekasih atau skandal baharu penyanyi tersebut.
Sebaliknya wanita itu adalah pembantu Virgoun.
“Kalau wanita itu adalah pembantu Virgoun. Dia pula ambil dadah untuk memberi tenagah kekal cergas bekerja,” katanya.
Pelantun Surat Cinta Untuk Starla itu ditangkap bersama barang bukti iaitu syabu dan alat menghisap dadah tersebut. Dia diketahui membeli dadah dengan harga RM260 untuk satu gram.
Selepas ditangkap, Virgoun sempat meminta maaf kepada ibunya dengan mengatakan dirinya nakal. Dia juga meminta maaf kepada anak dan semua pihak yang mengenali dirinya.
“Maaf ibu, saya nakal,” katanya ringkas.
“Saya juga minta maaf kepada semua, semoga ini yang pertama dan terakhir,” katanya lagi.
Kepada pihak berkuasa tempatan, bekas suami Inara Rusli itu mengatakan mengambil dadah untuk menurunkan berat badannya atau kurus.
“Virgoun mengambil dadah jenis syabu untuk menurunkan berat badan,” dedah wakil polis Jakarta Barat kepada media Indonesia.
BERITA TRENDING: Lepas Dituduh Zina Sampai Cerai, Virgoun Ditangkap Kerana Dadah
BERITA TRENDING: Inara Rusli Bingung Virgoun Saman Sebab Buka Telefon Bimbit Tanpa Izin, Minta Dipenjarakan
Ironi, penampilan Virgoun memang nampak lebih kurus selepas bercerai.Pihak berkuasa juga mendedahkan Virgoun mengaku pernah mengambil dadah pada tahun 2012 namun sempat berhenti.