Penyanyi yang berdepan kontroversi selepas didakwa selingkuh dan berzina, Virgoun, oleh isterinya, menafikan telah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Virgoun sebelumnya dituduh oleh isteri, Inara Rusli melakukan zina dengan seorang perempuan bernama Tenri Anisa.

Tuduhan itu malah disebarkan di media sosial sehingga menjadi kecoh. Inara antaranya mendedahkan surat dengan Virgoun didakwa mengaku telah curang dan melakukan zina.

Namun saat disoal siasat pihak berkuasa dari Polda Metro Jaya, Jakarta Selatan, pada awal minggu ini, Virgoun menafikan telah berzina dengan Tenri Anisa.

"Enggak [ada perzinaan]. Enggak ada, itu enggak ada," kata peguam Virgoun, Adrianus, seperti dilaporkan detikHot.

Bukan hanya penyanyi Surat Kecil Untuk Starla itu saja yang menafikan berzina, Tenri juga membantah dia telah menjalin hubungan gelap dengan Virgoun.

“Tidak ada perselingkuhan (curang) dengan Virgoun,” kata Tenri.

Virgoun juga sudah siap bercerai dengan Inara walaupun kes mereka masih berjalan di mahkamah.