Hiburan
Inara Rusli Bingung Virgoun Saman Sebab Buka Telefon Bimbit Tanpa Izin, Minta Dipenjarakan
Nampaknya drama hubungan penyanyi Virgoun dengan bekas isterinya, Inara Rusli belum berakhir meski mereka telah sah bercerai.
Babak baru drama persengketaan mereka berlanjutan apabila Virgoun memfailkan saman terhadap Irana kerana membuka akses telefon bimbit miliknya tanpa izin.
Inara didakwa telah membuka dan membaca isi telefon bimbit sewaktu menjadi isteri Virgoun tanpa pengetahuan lelaki tersebut.
Advertisement
Wanita itu mengaku bingung dengan ‘tuntutan’ baharu yang dikenakan kepadanya oleh Virgoun.
Pada pandangannya, adalah normal pasangan suami atau isteri membuka dan membaca isi telefon bimbit masing-masing.
Malah dia mendakwa untuk kesnya, Virgoun sudah memberi kebenaran untuk melihat isi telefon bimbitnya. Dan itu dilakukan tanpa paksaan.
“Saya fikir ia (lihat telefon bimbit) akan jadi tidak ‘sah’ jika orang yang tidak ada hubungan atau saling tidak mengenali melakukannya.
“Tapi kalau masih jadi suami isteri bagaimana boleh dikatakan membuat hal itu tanpa izin?
“Kalau memang betul saya lakukan (buka telefon tanpa izin) penjarakan saja saya,” katanya seperti dilaporkan Detik.com.
Dia kemudian menyambung: “Banyak pasangan suami isteri yang memang mahu lihat isi telefon bimbit pasangan masing-masing. Malah ada yang pakai kata laluan yang sama.
“Dia (Virgoun) yang beri telefonnya kepada saya jadi saya bingung bila dituduh melihat tanpa izin.”
Must-Watch Video