gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Belum Fikir Kahwin, Cakra Khan: “Saya Tidak Boleh Fokus Banyak Bidang”
BERITA
Hukuman Penjara Pemandu Navara Langgar Suami Isteri Dinaikkan Kepada 6 Bulan
KELUANG MAN
Demi Keluang Man, Shweta Sanggup Diet Makan Nasi Ayam Hari-Hari - “Makan Dengan Halia & Bawang Putih, Banyakkan Air Kosong”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Pernah Jadi Vokalis XPDC & Berduet Dengan Jason Derulo? Wikipedia Jaafar Onn Dicemari Fakta Palsu

gempak
Amri Hassan
03/06/2021
13:50 MYT
Sponsor Banner
Pernah Jadi Vokalis XPDC & Berduet Dengan Jason Derulo? Wikipedia Jaafar Onn Dicemari Fakta Palsu
Halaman Wikipedia pelakon Jaafar Onn disyaki telah dikhianati dengan suntingan fakta tidak tepat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi laporan Awani, halaman Wikipedia Jaafar Onn sengaja disunting dengan fakta latar belakang yang tidak berkaitan dengan kerjayanya sebagai penghibur tanah air.
Antara yang dikesan ialah Jaafar Onn boleh menyanyi dan telah berkolaborasi dengan menghasilkan lagu berjudul Memori Kismis dengan band Amerika Syarikat, Avenged Sevenfold serta penyanyi antarabangsa Jason Derulo.
Suntingan dengan maklumat palsu dikesan di halaman itu sejak 27 Disember 2020 dengan kali terakhir disunting pada 18 Mei 2021.
Terdapat 24 suntingan dibuat di antara kedua-dua tarikh tersebut, lantas dilihat seakan cubaan untuk memburukkan imej Jaafar Onn sebagai artis yang telah lama bergiat dalam industri dunia hiburan tanah air.
Lebih mengejutkan apabila semakan di laman Wikipedia XPDC sendiri memaparkan nama Jaafar Onn dan MK K-Clique sebagai bekas ahli yang pernah menjadi vokalis kumpulan terbabit.
Wikipedia ialah ensiklopedia dalam talian percuma yang dihasilkan dan disunting oleh sukarelawan di seluruh dunia.
Ia merupakan laman web yang sering menjadi panduan pencari maklumat dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk membuat suntingan atau penambahan.
Wikipedia dihoskan oleh organisasi bukan berasaskan keuntungan Wikimedia Foundation.
Bagaimanapun, meninjau semula ruangan Wikipedia, fakta yang tidak sahih itu telah disunting dan diperbetulkan.
Sumber: Awani, Wikipedia
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Pelawak
#XPDC
#Jason Derulo
#Wikipedia
#Jaafar Onn
Must-Watch Video