Kematian Matthew Perry pada Oktober lalu masih menyisakan banyak kenangan pahit kepada orang sekeliling.

BERITA TRENDING: Pelakon Sitkom Friends, Matthew Perry Meninggal Dunia Akibat Lemas

Ini termasuklah aktres Julia Roberts. Roberts bercakap mengenai kematian Perry sewaktu menjadi tetamu dalam program Entertainment Tonight.

“Kematian yang mengejut terutama pada usia muda meninggalkan kesan yang mendalam.

“Saya fikir hal-hal sebegini (kematian) akan membuat kita lebih menghargai kehidupan dan menjalaninya dengan positif,” kata Roberts seperti dilaporkan CNN.

BERITA TRENDING: Bintang Friends Hadiri Upacara Pengebumian Tertutup Matthew Perry

Roberts juga mengaku betapa dia senang dan gembira dapat menjadi sebahagian sejarah dalam siri fenomena tersebut.

Bintang jelita dan Perry yang meninggal pada usia 54 tahun pernah menjalin hubungan cinta selama tiga bulan pada tahun 1990.

Asmara mereka terjalin sewaktu Roberts menjadi bintang tamu dalam siri Friends.

Kisah hubungan mereka dicoretkan Perry dalam memoir miliknya, Friends, Lovers and the Big Terrible Thing.

“Saya menghantar tiga dozen mawar merah bersama kad yang ditulis: ‘Prospek yang paling menarik mendapat anda dalam siri kami adalah saya ada alasan untuk mengirim bunga kepada anda.’”

PILIHAN PEMBACA: Matthew Perry Pernah Koma, Usus Pecah & Habiskan RM43 Juta Kerana Dadah