Kesemua bintang Friends iaitu Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc dan David Schwimmer memberi penghormatan terakhir dengan menghadiri pengebumian tertutup buat ‘keluarga’ mereka, Matthew Perry.

Mendiang dikebumikan di Tanah Pengebumian Forest Lawn berdekatan dengan Warner Bros Studios di Los Angeles pada Jumaat, lapor media tempatan.

Dianggarkan hanya sekitar 20 tetamu hadir pada upacara penuh bermakna tersebut, lapor TMZ pula.

Perry yang terkenal menerusi watak Chandler Bing dalam Friends ditemui mati lemas di kediamannya pada hujung minggu lalu saat berusia 54 tahun.

Selain bintang Friends termasuk Anniston yang dilihat menjadi antara tetamu terawal hadir ke upacara tersebut, ahli keluarga termasuk ibu, bapa dan bapa tirinya juga mengiringi perjalanan terakhir Perry.

Forest Lawn memang menjadi tempat persemadian banyak bintang Hollywood lain termasuk Carrie Fisher, Paul Walker dan Stan Laurel.

BERITA TRENDING: Matthew Perry Didakwa Gembira Sebelum Ditemui Mati, Bintang Friends Berduka

PILIHAN PEMBACA: Pelakon Sitkom Friends, Matthew Perry Meninggal Dunia Akibat Lemas