Penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul sebak apabila showcase pertamanya, A Night With Aina Abdul dihadiri ratusan peminat untuk dua malam penganjurannya.

Aina yang ditemui usai persembahan berkata, suatu ketika dahulu, dia pernah melalui pengalaman menyanyi di hadapan kerusi dan meja tanpa kehadiran penonton dan menyifatkan kejayaan showcase yang dijayakan sebagai satu anugerah.

A post shared by ??ℕ? ?????'? ????ℂ??? ??ℕ ℂ??? (@ainations)


“Saya tak tahu nak ungkap perasaan saya bagaimana. Tetapi, saya anggap ia sebagai satu anugerah daripada Allah SWT. Saya cuba letakkan diri saya seperti mana saya pernah menyanyi tanpa penonton dengan keadaan sekarang.

“Jika sekadar kerusi dan meja pun memberikan saya tenaga untuk membuat persembahan, apatah lagi apabila ada ratusan peminat yang datang untuk menonton persembahan saya. Tenaga itu menjadi bertambah-tambah,” katanya sambil menyeka air mata.

Sungguhpun pernah melalui fasa ‘sejuk’ dalam karier nyanyiannya, namun, Aina bersyukur dengan apa yang dimilikinya setakat ini.

“Saya masih bersyukur dengan pengalaman saya dahulu. Sebab pengalaman tersebut yang banyak mengajar saya. Jika saya sentiasa sold out, mungkin saya akan jadi tinggi diri. Kita kan manusia, kita tak tahu kita boleh terlalai.

“Bagaimana saya membesar dengan muzik saya dan band saya, hal itu saya akan bawa sampai bila-bila. Saya cuba untuk kekal sebegini. Saya ada pengurus dan pembantu yang boleh mengingatkan saya setiap hari untuk buat apa yang perlu dan elakkan apa yang patut.

A post shared by ??ℕ? ?????'? ????ℂ??? ??ℕ ℂ??? (@ainations)


“Saya ada mereka untuk jadi ‘reminder’ sebab kita semua sebagai manusia boleh berubah. Tetapi, saya tidak mahu hal itu berlaku,” katanya lagi.

Menerusi persembahannya, Aina membawakan seleksi lagu-lagu hits seperti Semalam, Sumpah, Sepi, Fool dan Maybe.

A Night With Aina Abdul berlangsung selama dua hari iaitu pada 16 da 17 Disember di The Platform, Menara KEN TTDI, Petaling Jaya Selangor.