Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pernah Pakai Gaun Sama Natasha Hudson, Pavitra Minta Tutupkan Bahu – “Dia Bukan Selebriti Gred A Tapi ...”

Amri Hassan
10/01/2021 02:10 MYT
Memakai gaun putih terdedah bahu sama dengan Natasha Hudson, personaliti masakan YouTube, Pavitra pernah meminta agar bahagian terdedah itu ditutup ketika sesi fotografi majalah online Pepatung tahun lalu.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram, kata pereka fesyennya, Rizman Ruzaini, gaya itu dipersetujui oleh penata gaya yang berada di set penggambaran dan dipersetujui sebulat suara oleh semua pihak.

"Menjenguk semula betapa elegannya Pavitra memakai Rizman Ruzaini untuk sampul hadapan majalah Pepatung beberapa bulan lalu ketika PKP. Ini merupakan kali terakhir dres ini dipinjam untuk sesi promosi sebelum ia dijual.

"Berkongsi kisah menarik tentang Pavitra, gaun ini dipinjam untuk sesi penggambaran dan mereka turut membawa penata gaya untuk memantau sesi fotografi itu.

"Malangnya, gaun itu terlalu terdedah untuk Pavitra (sebelah bahagian bahu terdedah dengan hanya menggunakan fabrik jenis tulle yang see-through dan ditambah lipatan berlisu), yang mana Pavitra kurang selesa.

"Dia kemudiannya meminta agar bahunya ditutup dengan sempurna," dedah Rizman Ruzaini.

Permintaan Pavitra itu dipersetujui penata gayanya dan cara itu menyenangkan Rizman Ruzaini biarpun wanita itu bukan selebriti gred A.

"Penata gaya menghormati permintaan Pavitra dan menggayakan mengikut keselesaannya. Kami (Rizman Ruzaini) bersetuju asalkan ia tidak mencacatkan keseluruhan rekaan gaun itu.

"Pavitra pun bukan selebriti gred A, tapi kami masih gembira untuk bekerjasama dengannya dan berbangga apabila seseorang individu itu menggayakan rekaan kami dengan cara yang elegan dan punyai kelas tersendiri," tambahnya.



Terdahulu, kisah pelakon Natasha Hudson yang memakai gaun sama ketika majlis pelancaran produk suplemen pada Selasa lalu mencetuskan kontroversi.

Jelas Natasha dia tiada masalah untuk menggayakan gaun terbabit dan tidak kisah dengan kecaman netizen.

Rizman Ruzaini kemudian tampil menyatakan kekesalan dan terkejut dengan tindakan selebriti berhijab (Natasha) menyarung pakaian terbabit sekali gus menganggap ia telah mencalarkan reputasi dan imej yang dibina mereka sejak 15 tahun lalu.

Penganjur acara terbabit kemudian tampil bersuara dan menasihati pereka fesyen itu untuk tidak melatah dan menghentam pembeli pakaian mereka.

Natasha juga tampil menyatakan pendiriannya dan beranggapan kenyataan Rizman Ruzaini berbaur peribadi dan berat sebelah. Malah, Natasha berpendapat kenyataan terbabit dibuat hanya kerana dia bukan selebriti gred A yang sering memakai persalinan pereka fesyen duo itu.

Pada masa sama, Natasha turut meminta Rizman Ruzaini membuat permohonan maaf.

BACA:“Macam Hina Sangat Natasha, Baju Tu Bukan Beli Dengan Air Liur” - Pengasas Produk Kesal Kenyataan Rizman Ruzaini

BACA: Rizman Ruzaini Terkejut, Tak Tahu Gaun Terdedah Bahu Dipakai Natasha Hudson - “Ia Mencalarkan Imej & Reputasi …”

BACA: "What's Wrong Dengan Baju Ni?" - Pakai Baju Terbelah Nampak Bahu, Ini Penjelasan Natasha Hudson..

BACA: Isu Baju Terdedah Bahu, Natasha Hudson Berkecil Hati Dengan Rizman Ruzaini – “Kenyataan Mereka Berbaur Peribadi”
#pelakon #Viral #Natasha Hudson #YouTube #Rizman Ruzaini #Gaun #Bahu Terdedah #Pavvitra
;