Pernah 'On Off' Pakai Tudung, Ameera Khan Harap Akan Istiqamah Jika Kembali Berhijab - "Apa Yang Saya Boleh Katakan Sekarang..."
Ainun
28/10/2024 00:55 MYT
28/10/2024 00:55 MYT
Adik kepada Neelofa yang juga pempengaruh media, Ameera Khan mendedahkan dia belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya.
Menerusi perkongsian ketika membuat siaran langsung (live) di Instagram, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) berkata dia pernah berhijab pada suatu ketika dahulu namun memilih untuk membukanya kembali.
Menerusi perkongsian ketika membuat siaran langsung (live) di Instagram, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) berkata dia pernah berhijab pada suatu ketika dahulu namun memilih untuk membukanya kembali.
“'Ameera rasa bila boleh bertudung?' Okay, soalan ini, saya pernah bertanyakan soalan seperti ini pada diri saya sendiri juga bila nak pakai tudung?
“Dalam kehidupan saya, saya pernah berhijab dalam dua ke tiga kali sahaja dan kemudian saya buka balik tudung saya,” katanya.
Berharap terus isitiqomah
Memohon doa daripada semua orang, Amera bagaimanapun berharap dia akan terus istiqamah sekiranya dirinya kembali mengenakan hijab.
“Jadi, macam kalau saya nak pakai tudung, saya akan pakai sampai bila-bila dan tidak mahu membukanya lagi.
“Insya-Allah dengan semua doa semua orang termasuklah doa dari ibu dan ayah serta doa saya sendiri, Insya-Allah satu hari nanti saya akan memakai hijab dan tidak akan ada sebarang fikiran tentang saya belum bersedia untuk bertudung,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ameera turut berdoa agar urusannya untuk berhijab dipermudahkan oleh Allah S.W.T dan mendoakan wanita di luar sana yang menghadapi situasi sama.
“Apa yang boleh saya katakan sekarang ada Insya-Allah. Bila masa itu sudah sampai, saya hanya mampu berdoa semoga Allah S.W.T permudahkan segalanya dan kepada sesiapa yang menonton Live ini, yang sedang berusaha untuk berhijab tetapi mengalami situasi yang sama dengan saya, saya doakan yang terbaik untuk anda semua”, ucapnya.