,
Hiburan

Pernah Rasa Lemang Daun Tebu? Katanya Lebih Enak & Wangi!

Hanafis Haris
13/05/2020
08:14 MYT
Mungkin kedengaran agak pelik buat sesetengah orang, namun tidak bagi bagi penduduk di Kampung Belukar, Telaga Mas, Pokok Sena Kedah yang memasak lemang menggunakan daun tebu.
Menerusi laporan Astro Awani, resepi membuang leman daun tebu itu diwarisi oleh pembuatnya, Abdullah Puteh, 56, daripada Allahyarham ibunya.
Dia yang tidak lokek berkongsi resepi berkata, sebelum proses membakar lemang berkenaan, daun tebu yang dikutip perlu diraut dan dicuci terlebih dahulu untuk membuang miangnya.
Menurut Abdullah, daun tebu itu kemudiannya disusun rapat lalu dimasukkan ke dalam batang buluh lemang.
"Selepas selesai proses tersebut beras pulut dan santan akan dimasukkan pula.
"Proses pembuatan lemang daun tebu dilakukan dengan teknik tersendiri bagi mengelakkan daun tebu tidak melekat pada buluh dan pada lemang itu sendiri ketika sejuk," katanya.
Jelas Abdullah, keenakan lemang daun tebu adalah pada adunan rasa manis, masin serta lemak santan dan pulutnya.
"Bertambah enak dan membuka selera juadah ini ialah pada aroma dun tebunya.
"Sebenarnya resepi lemang daun tebu ini saya belajar daripada arwah mak saya," katanya.
Sumber : Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Belasungkawa: Berpulangnya Komposer 1,000 Karya & Bapa Lagu Raya, S. Atan Pernah Pesan: “Jika Saya Sudah Tiada…”

gempak
16/11/2024
22:53 MYT
S Atan meninggal dunia kerana sesak nafas.
Hiburan

Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

gempak
19/06/2024
05:25 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan mengenai berpuasa di hari Tasyrik.
Berita

Hasrat Balik Raya Tak Kesampaian, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Rehat Tepi Jalan

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Seorang lelaki tidak sempat pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam, Gua Musang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha apabila maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dengan motosikal di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.
Berita

Di Indonesia, Ada Yang Sudah Raya & Solat Aidiladha Hari Ini

gempak
16/06/2024
04:47 MYT
Pemerintah Indonesia sebelum ini memutuskan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah 1445 H atau pada Isnin, 17 Jun 2024 (esok).
Berita

Ambang Hari Raya Aidiladha, Ini Jangkaan Jumlah Kenderaan Guna Lebuh Raya Utama!

gempak
15/06/2024
12:55 MYT
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2 meningkat sehingga 2.52 juta sempena perayaan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini.
Unitar