Biasanya kita guna mikrofon untuk menjadi pembesar suara dan komunikasi dalam tempat yang luas atau dalam satu tempat yang ramai.

Ia membantu memudahkan kita untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai dalam jarak jauh.

Namun pernahkan anda terfikir bagaimana ia berfungsi? Malah bagaimana pula bunyi itu disukat.

Semua itu anda boleh diketahui dalam program animasi edutainment, STEMsasi episod 7 dan 8.

Dalam episode 8 pula adalah pengenalan kepada sumber tenaga solar dan bagaimana tenaga solar berfungsi sebagai salah satu tenaga yang paling mesra alam dan memberi manfaat kepada pelbagai industri termasuk kegunaan harian di rumah.


STEMsasi bertujuan untuk mengajar dan meningkatkan kesedaran tentang STEM dan juga trivia yang tak termasuk dalam silibus akademik.


Episod dalam siri ini mempunyai pengetahuan praktikal untuk membantu meningkatkan kehidupan harian anda melalui Sains dan Teknologi.

Pelakon cilik, Wafiy yang memegang watak utama suara akan berkongsi fakta menarik sepanjang tiga minit.

Dengan satu episod yang hanya sepanjang 3 minit, ketahui fakta menarik dalam masa yang singkat dengan STEMsasi!

STEMsasi bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Jumaat di Astro Ceria saluran 611 HD dan 631 SD serta Astro GO.